Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbandingan antara 3 Bentuk Modal Kewangan - Coggle Diagram
Perbandingan antara 3 Bentuk Modal Kewangan
Modal Teroka
Dana yang disumbangkan daripada syarikat atau badan profesional untuk melabur dalam perniagaan yang berpotensi untuk menghasilkan pulangan yang tinggi.
Menjadi rakan kongsi atau pemegang saham dalam perniagaan
Pelabur modal teroka akan mengkaji potensi perniagaan usahawan tersebut dari aspek pengurusan, potensi pasaran dan produk.
Sebagai contoh, Encik Haziq merupakan seorang jutawan hartanah ingin melaburkan RM500 000 kepada perniagaan kosmetik yang diusahakan oleh Cik Aishah.
Modal Ekuiti
Modal daripada pemilik perniagaan atau pelaburan daripada orang ramai melalui pembelian saham.
Pemilik perniagaan akan menjual saham perniagaan kepada pahli keluarga atau pelabur yang dikenali.
Mempunyai risiko sekiranya perniagaan gagal atau rugi.
Usahawan perniagaan juga tidak memerlukan canggaran untuk mendapatkan modal.
Para pelabur akan memperoleh pulangan (dividen)
Tidak perlu membayar balik
Pemegang saham utama mempunyai hak untuk bersuara dan kawalan ke atas perniagaan
Modal Hutang
Modal yang dibiayai melalui pinjaman
Usahawan perniagaan perlu membayar balik dengan faedah.
Pembiayaan berasaskan aset kerana usahawan perlu menyediakan aset seperti bangunan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman.
Modal boleh diperoleh daripada bank, syarikat kewangan atau agensi kerajaan seperti MARA.
Berbentuk jangka pendek atau jangka panjang.
Usahawan juga perlu membayar balik pinjaman
Jika gagal membayar mengikut masa yang ditetapkan, pemiutang akan mengenakan kadar faedah yang tinggi dan imej perniagaan tersebut akan terjejas
Namun, pemiutang tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas perniagaan usahawan tersebut setelah bayaran pinjaman diselesaikan.