Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANG BADAR - Coggle Diagram
PERANG BADAR
-
Implikasi
Perang ini amat beerti bagi agama Islam. Sekiranya tentera Islam kalah dalam peperangan ini, maka tamatlah riwayat orang-orang Islam dan agama Islam itu sendiri
Kemenangan ini menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah
Pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Imej dan maruah mereka mula jatuh di kalangan kabilah-kabilah Arab kerana tewas berperang kepada umat Islam yang kecil bilangannya
Tawanan tentera Islam menceritakan tentang kebaikan orang Islam kepada sahabat dan keluarganya. Hal ini secara tidak langsung menjadikan agama Islam semakin berkembang di Makkah
-
Sebab
Faktor utama ialah apabila Rasulullah S.A.W mengetahui tentang kumpulan pendagang quraisy dipimpin Abu Sufyan Bin Harb dari Syam menuju pulang ke Mekkah. Rasulullah merancang untuk menyekat dan merampas apa yang dibawa oleh mereka sebagai ganti rugi harta yang ditinggalkan oleh mereka di Mekkah ketika mereka berhijrah ke Madinah
Abu Sufyan mengetahui rancangan umat Islam dan menghantar Dzamzahar Ibn Amru dan Al-Ghaffari ke Mekkah untuk memberitahu pencangan kaum muslim dan untuk mendapatkan bantuan. Selepas itu, kaum quraisy diketuai Abu Jahal serta merta bersiap sedia untuk keluar berperang. Anggota perdagangan Abu Sufyan selamat sampai ke Mekkah tetapi kaum quraisy tetap ingin meneruskan peperangan.
Selepas Rasulullah S.A.W megetahui rancangan kaum quraisy, Rasulullah mengadakan mesyuarat dan bersetuju dengan rancangan kaum Muslimin keluar dari Kota Mekkah enuju ke Lembah Badar untuk mempertahankan diri, agama dan ahli keluarga
Faktor yang kedua ialah kerana faktor permusuhan yang sememangnya wujud antara kaum Quraisy dan kaum Muslimin
-
-
Proses
Semasa
Kemudian Rasulullah SAW berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ.
Kemudian, al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah kepada kamu di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?"
Rasulullah SAW menjawab: "Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah".
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik. Oleh itu, Rasulullah SAW dan para sahabat berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab.
Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar membina sebuah khemah untuk Rasulullah di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Rasulullah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka akan menyertaimu untuk berperang."
Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasulullah SAW meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.
Baginda bersabda, "Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga."
Kemudian, baginda pulang ke khemah bersama dengan Abu Bakar dan dikawal oleh Saad sambil membawa pedang. Sewaktu di khemah, Baginda sujud dan berdoa kepada Allah. Setelah itu, berlakulah peperangan dan hasilnya orang Islam telah memenangi dalam perang ini.
Selepas
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikuti peperangan iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah semasa tentera Islam ke perang Badar
Di Madinah, Rasullah SAW memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan terhadap tawanan perang. Rasulullah berpesan kepada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada tawanan.
Rasulullah SAW berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah ingkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Mekah. Ada pula yang berpendapat supaya tawanan tersebut dilepaskan sahaja dengan harapan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.
Hasil perbincangan, mereka mengambil keputusan untuk melepaskan tawanan dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing iaitu:
i)Setinggi empat ribu dirham dan satu ribu dirham.
ii) Bagi miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan
menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam
Dalam peperangan ini, kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuklah Abu Jahal. Sebahagian pemimpin mereka turut terbunuh. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang dan baginda memerintahkan semua yang terbunuh dikebumikan
Sebelum
Nabi SAW mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah
Abu Sufian merupakan ketua bagi kafilah tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Sufian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya.
Kemudian, Quraisy telah keluar dengan bilangan 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Bilangan orang Islam pula seramai 313 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansar. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa