Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Pembelajaran sosial dan Humanis - Coggle Diagram
Teori Pembelajaran sosial dan Humanis
Teori Pembelajaran Sosial
Mazhab sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan mazhab behavioris dengan mazhab kognitif.
Tokoh mazhab sosial, seperti Albert Bandura yang berasal dari Canada, menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses perhatian atau peniruan.
unsur asas
Individu(I) = keadaan motivasi intrinsiknya.
Persekitaran(P) = ransangan luaran
Tingkah laku(T) = perlakuannya.
Mengikut teori pembelajaran sosial, pembelajaran merupakan interaksi di antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitarannya.
Pembelajaran = I x P x T
Teori Permedalan Bandura
Menegaskan pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan.
Model = orang diperhatikan
Permodelan = proses pembelajaran melalui
pemerhatian tingkah laku model.
Unsur Utama
Perhatian
Mengingat
Reproduksi
Peneguhan
Ciri-Ciri
Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian & peniruan.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh & teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan & peneguhan yang berpatutan.
Proses pembalajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
Implikasi
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar.
Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat.
Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, senilukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
Guru boleh mengajar nilai murni dan watak-watak. bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.
Teori Pembelajaran Humanis
Mengikut mazhab humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik.
Individu akan tumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran hidup adalah sesuai.
Mengikut ahli-ahli mazhab humanis seperti Carl Rogers & Abraham Maslow, setiap individu mempunyai potensi & keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Oleh itu, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar & memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimun.
Teori PembelajaranCarl Rogers
Pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza dengan individu yang lain.
Ciri-Ciri
Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu hanya dialamai & difahami oleh individu sendiri sahaja.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai & kepercayan diri yang berbeza dengan individu lain.
Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaanya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.
1- Mengutamakan pendidikan berpusatan pelajar.
2- mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan:
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu.
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna.
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai di bawah situasi pendidikan yang kurang terancam.
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri.
Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya.
Aktiviti pengajaran hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata, demi memupuk kemahiran hidup pelajar.
Teori Keperluan Abraham Maslow
Mengaitkan motivasi intrinsik dengan pembelajaran individu.
Berpendapat bahawa seseorang individu
akan memenuhi keperluan asas terlebih
dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Konsep Asas
Motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman yang mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang.
Apabila seseorang telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dalam hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semula jadi.
Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri persamaannya semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaannya di antara individu pula semakin kecil. Misalnya, keperluan asas bagi setiap orang adalah keperluan yang tidak dapat ditinggalkan tetapi di puncak hierarki, hanya sebilangan kecil orang dapat kepuasannya.
Implikasi
Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
Wujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, seronok, harmonis & selamat.
Memupuk nilai penghargaan kendiri, memberi motivasi & peneguhan yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan.
Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri & melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial.