Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3: LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU
JURIATUL ASMIRA…
-
- Pluraliti masyarakat tidak diasaskan kepada konsep negara bangsa, pengasingan wilayah dan sebagainya. Maka, terjadinya konsep asimilasi dalam kehidupan masyarakat pluraliti pada zaman tersebut.
◾Perkahwinan dengan penduduk tempatan serta mengamalkan budaya masyarakat budaya tempatan seperti Baba dan Nyonya.
◾Penerimaan adat resam dan budaya seperti adat bersanding, bunga manggar, bunga telor dalam perkahwinan masyarakat Melayu daripada budaya Hindu
-Kebanyakan etnik yang datang mempunyai matlamat tersendiri iaitu pengembangan agama (gospel), kekayaan (gold), dan kejayaan (glory).
- Gospel : Penyebaran agama pada bangsa yang berada di Timur
- Gold : Rempah ratus di Asia lebih murah dan dapat dijual semula dengan harga yang mahal
- Glory : Melakukan penjajahan bagi mendapatkan kekayaan
Kedatangan masyarakat luar seperti Cina dan India turut mencorakkan budaya tempatan seperti system social.
- Kewujudan kelas-kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan dan rakyat bawahan daripada pengaruh Hindu.
- Wujud pengaruh Hinduism dan Buddhism dari segi sesni budaya dan adat dalam kalangan orang Melayu seperti penggunaan watak dalam wayang kulit yang memakai nama-nama Hindu (Ramayana, Sita Dewa, Hanuman, dsb)
- Konsep raja dan kerajaan dari istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu manakala konsep negeri atau negara daripada perkataan Sanskrit.
- Susun lapis perlantikan pegawai kerajaan zaman awal di Alam Melayu secara berangka seperti orang besar berempat, orang besar berlapan, oranb besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua dipengaruhi oleh astrologi Hindu.
- Kedatangan Islam melalui pedagang Arab turut mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan dari segi penggunaan nama seperti Abdul Aziz, Abdul Rahman, Muhammad dan lain-lain.
- Pengaruh masyarakat Arab dari segi ilmu pengetahuan seperti Ilmu Falsafah, Teologi, Tasawuf dan sebagainya.
-
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
Melaka dikatakan kemuncak berlakunya pluraliti masyarakat di alam Melayu disebabkan:
- Pusat perdagangan bebas (pelabuhan)
- Pusat penyebaran ilmu pengetahuan
- Pusat penyebaran Agama Islam.
Faktor Melaka menjadi pusat pluraliti masyarakat:
- Sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa
- System pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh bendahara
- Dasar pelabuhan dan perdagangan bebas
- Pemelukan Islam oleh Raja Melaka
- Sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan
Kesan daripada faktor tersebut:
- Pedagang Arab, Cina, India dan lain-lain datang berdagang dengan bebas dana man
- Pedagang Arab menyebarkan agama Islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan
- Raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang dan membuat hubungan diplomatik dengan negara Cina
- Berlaku percampuran masyarakat dan budaya secara asimilasi
-
Kewujudan masyarakat majmuk (Melayu, Cina, India)
- Terbentuk parti-parti politik (UMNO, MCA, MIC)
- Pergabungan ketiga-tiga parti politik di bawah perikatan bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
- ◦Ideologi dan dasar politik berbeza antara UMNO dan PAS menyebabkan PAS keluar daripada UMNO.
- Barisan Nasional terbentuk dan berusaha memajukan Malaysia.
Persekutuan berlapis berlaku di Tanah Melayu iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala perundangan lain yang wujud di negara Malaysia.
- 2 peringkat kontrak sosial yang pernah berlaku di alam Melayu iaitu wa’ad (janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja) , berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
- Antara perkara dalam kontrak sosial ialah soal kerakyatan
- Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan untuk mewujudkan persefahaman mengenai kontrak sosial.
- Persetujuan CLC menjadi asas kepada penggabungan parti politik antara kaum di Tanah Melayu.
Tiada satu sistem pendidikan nasional semasa zaman penjajah British.
- Setiap etnik mempunyai acuan pendidikan sendiri iaitu sekolah Melayu, Cina dan Tamil mengikut acuan pendidikan di negara asal masing-masing.
- Terdapat 3 sistem pendidikan pada zaman British iaitu Sekolah Inggeris rendah dan menengah untuk anak bangsawan Melayu dan anak hartawan Cina dan India, Sekolah Melayu dengan bantuan British untuk menjadikan orang Melayu sebagai petani yang lebih baik, Sekolah vernacular Cina dan Tamil mengikut kurikulum Negara Cina dan India
- Penysusunan system pendidkan yang bercirikan tempatan terjadi selepas merdeka.
- Bahasa Melayu diperuntukkan menjadi Bahasa Kebangsaan.
Rancangan pembangunan ekonomi negara terbahagi kepada 4 peringkat iaitu Rancangan Pra Merdeka, Perancangan Selepas Merdeka, Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru dan Dasar-dasar Pembangunan Negara.
- Sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez fair.
- Pembatasan kuasa kerajaan dalam regulasi perniagaan, pengurusan dan perbankan untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing.
- Zaman penjajah British telah berlaku dualism dalam ekonomi kerana British telah memperkenalkan eknomi moden dan mengekalkan ekonomi tradisional.
- Sektor ekonomi moden melibatkan firma asing dan melibatkan kelompok Cina dan India.
◦Sistem ekonomi tradisional yang berasaskan hasil-hasli pertanian.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Kaum Bidayuh adalah masyarakat terawal yang bermigrasi dari kepulauan mindanao bahkan sebelum migrasi kaum iban ke kalimantan.
- Kaum bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian,
- Kuching dan di barat Kalimantan.
-Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu
- Selakau/Lara (Daerah Lundu)
- Jagoi/Singai (Daerah Bau)
- Biatah (Daerah Kecil Padawan)
- Bukar/Sadong (Daerah Serian)
- Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
- Melanau adalah salah satu kaum utama di negeri Sarawak.
- Orang Melanau tergolong dalam ras Austronesia.
- Dahulunya, kaum Melanau juga mempunyai reka bentuk rumah yang unik, rumah yang dibina tinggi.
- Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah berasingan mengikut peredaran zaman.
- Walaupun bahasa Melanau agak berbeza daripada bahasa Iban, Bidayuh dan Penan tetapi hakikatnya Melanau tergolong dalam ras Austronesia.
- Perkampungan orang melanau Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.
- Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.
-
-
- Kaum Kayan merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo.
- Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Ulu
- Kaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang.
- Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hwanitKahan ner ogilmelihatpumi n menangkap ikan di sungai.
- Mereka dikategorikan ke dalam golongan Orang Ulu kerana tinggal di kawasan hulu sungai.
- Budaya mereka agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.
- Kelabit adalah orang Dayak asli dari dataran tinggi Kalimantan Sarawak / Kalimantan Utara dengan minoriti di negara jiran Brunei.
- Mereka mempunyai hubungan rapat dengan Lun Bawang.
- Ketinggian di sana sedikit lebih dari 1.200 meter.
- Pada masa lalu, kerana terdapat beberapa jalan (hanya jalan pembalakan yang tidak diselenggara dengan baik, yang cenderung tidak terlalu dekat dengan Dataran Tinggi Bario) dan kerana kawasan ini sebagian besar tidak dapat diakses oleh sungai karena jeram, dataran tinggi dan Kelabit relatif tidak tersentuh oleh pengaruh barat moden.
- Namun, sekarang, ada jalan jalan yang relatif tetap di mana mungkin untuk sampai ke Bario dengan kereta dari Miri. Jalan itu ditandai tetapi pemanduan tanpa pemandu tempatan tidak digalakkan, kerana memerlukan lebih dari 11 jam perjalanan untuk sampai ke Bario dari Miri melalui banyak persimpangan jalan pembalakan dan persimpangan sungai.
-
-
- Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo.
- Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan bangsa Kedayan menetap di daerah Bekenu.
- Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
- Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman.
- Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai.
- Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang.
- Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.
- Kaum Berawan merupakan salah satu sub-etnik yang dikategorikan etnik minoriti di bawah Kaum Orang Ulu, Sarawak.
- Etnik Berawan ini ramai menduduki kawasan di sekitar Taman Negara Mulu lebih-lebih lagi di kawasan yang dinamakan Loagan Bunut, Miri, Sarawak sehingg ke Ulu Baram.
- Di kawasan yang dikenali sebagai taman negara ini, Etnik Berawan mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada mana-mana etnik di Sarawak yang mana hanya mereka daripada etnik Berawan yang boleh menangkap ikan di kawasan tasik yang begitu unik di Taman Negara Loagan Bunut.
- Hal ini telah pun digazetkan diantara etnik Berawan dengan Kerajaan Negeri Sarawak sejak dari tahun 1990 lagi memandangkan etnik ini adalah etnik pertama yang mendiami kawasan tasik Loagan Bunut ini.
- Menurut sejarahnya oral etnik Berawan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi etnik Berawan ini dikatakan adalah pecahan daripada sub-etnik kenyah.
- Etnik Berawan ini pula lebih menyerupai etnik Kelabit. Inilah salah satu keistimewaan dan keunikan etnik Berawan ini yang mempunyai adat resam dan budaya yang hampir menyerupai etnik Kenyah dan etnik Kelabit yang juga antara etnikt erbesar yang mendominasi Kaum Orang Ulu, Sarawak.
-