Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
TEORI PEMBELAJARAN
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM PDP.
Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan
Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran
Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran
Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.
Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran
Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru
Teori pembelajaran kognitif
Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.
PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:
Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza
Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati
Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru
Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
Teori pembelajaran konstruktivis
Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman
menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid
Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan
Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid.
Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan
Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.
Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran