Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS - Coggle Diagram
TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS
KONSEP
Mengikut mazhab humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik.
Individu akan tumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran hidup adalah sesuai.
Mengikut ahli-ahli mazhab humanis seperti Carl Rogers dan Abraham Maslow, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Oleh itu, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimun.
TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS
pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza dengan individu yang lain.
CIRI-CIRI TEORI PEMBELAJARAN
Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu hanya dialamai dan difahami oleh individu sendiri sahaja.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayan diri yang berbeza dengan individu lain.
Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaanya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.
PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN PENDIDIKAN ROGERS
mengutamakan pendidikan berpusatan pelajar.
mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan.
TEORI PEMBELAJARAN ABRAHAM MASLOW
mengaitkan motivasi intrinsik dengan pembelajaran individu.
berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.
KONSEP ASAS TEORI KEPERLUAN MASLOW
Motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman yang mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang.
Apabila seseorang telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dalam hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semula jadi.
Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri persamaannya semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaannya di antara individu pula semakin kecil.
IMPLIKASI TEORI KEPERLUAN MASLOW
Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
Wujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, seronok, harmonis dan selamat.
Memupuk nilai penghargaan kendiri, memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan.