Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pencapaian dalam Tamadun Cina dan Tamadun India - Coggle Diagram
Pencapaian dalam Tamadun Cina dan Tamadun India
Tamadun Cina
Kesusasteraan
peranan ahli-ahli falsafah cina dan maharaja
Maharaja Tsuan Tsung (Dinasti Tang) misalnya memberi maungan kepada golongan sasterawan dan beliau juga seorang penyajak dan pemuzik serta meminati lakonan
antara tokoh sasterawan cina yang tyerkenal - Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu
Li bodikatakan banyak menghasilkan karya sastera dan hanya1800 karya yang masih ada
perkembangan kesusteraan Cina yang pesat dikaitkan dengan penciptaan mesin cetak
Puisi
antologi puisi teraal - Shi Jing (Classic of Song) - mengandungi 305 nyayian kuil, istana dan rakyat
wujud antara zaman Zhou barat hingga musim bunga dan musim luruh
dikumpul dari kawasan lembah Huanghe
fungsi: sastera, politik dan sosial
Chu Chi (Nyanyian Chu) - asal dari muzik dan tarian
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sg. Yangzi. Kemuncak perkembangan pada DInasti tang.
Kesenian
Muzik Klasik
sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang
bentuk muzik yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan dimainkan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama
alat-alat muzik diperbuat darilogam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh
alat muzik cina dalam bentuk meniuo, genderang, memetik, menggesek
Buku Li Ji (Rekod Ritual) dan Shi Jing
Kaligrafi
Kaligrafi Cina dianggap unik dan membayangkan kualiti seorang ahli kaligrafi dari segi personaliti
Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk ditiru oleh pelajar.
Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu bersurat di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah.
Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas dan sutera.
Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan tajam di hujung.
Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan: Kaishu (stail biasa) Lishu (asalnya untuk kegunaan kerani) Xingshu (stail berlari) Caoshu (stail rumput) Alam semula jadi – inspirasi asas kaligrafi
Seni Lukis
Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi.
Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt Su Dongpo zaman dinasti Song.
Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan ukir cap.
Lukisan tradisional cina terbahagi 2: Xieyi (freehand brushwork) Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti) ◦ Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi
Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang, potret dan figura. ◦ Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.
Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain tua.
Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg perantara yg membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.
Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg membentuk seni khat bersifat Cina beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran Buddha
Seni Bina
Bangunan yg dibina dalam tradisi Cina mengambilkira kedudukan dan susunatur berpandu kpd teori fengshui (kuasa alam)
Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yg dalam. Tembok yg terkenal – tembok besar Cina
Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd kayu berkualiti dan mempunyai rangka yg berbentuk tiang dan ambang.
Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar. ◦ Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda ◦ Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina
Bidang Sains dan Teknologi
Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran. a. Bidang astronomi:
Kemampuan menyediakan katalog bintang ◦ merekod berlakunya gerhana dan komet
Menghasilkan peralatan astronomi ◦ Menyelenggara rekod astronomi ◦ Memperkenalkan sistem kalendar
Bidang matematik: ◦ Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2 ◦ Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang zuanshu (sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang pd kurun ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif negatif. ◦ Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Bidang Perubatan
Akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa) kaedah perubatan tradisional bagi memperbetulkan peredaran darah.
Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian sangat meluas. ◦ Antara buku perubatan & farmokologi terkenal: Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning) Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52 jilid – farmakologi Cina teragung dan berwibawa hingga kini.
Tamadun India
Kesenian
Seni halus
tiga aspek terkandung dalam seni halus: tarian, muzik dan drama
tarian klasik Bharatanatyam dan Kathak merupakan persembahan serentak muzik dan drama
seni muzik berkembang seiring dengan seni tari, irama (tala) dan melodi (raga) merupakan kombinasi yang digunakan serentak
irama ghazal dan qawwali diperkenalkan oleh orang Islam India
tarian
perkara yang penting dalam tarian ialah muzik, pakaian, gerakan, ekspresi dan emosi
Bharata natyam merupakan tarian klasik India dipersembahkan di kuil-kuil di selatan India
bukan sekadar hiburan tetapi mengandungi unsur keagamaan
Bhangra pula merupakan tarian orang Sikh
seni bina
senii bina kuil Hindu ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi
-kuil umumnya 2 bentuk: bulat dan empat segi
kuil juga sebagai tempat suci dan menghimpunkan rakyat dari pelbagai lapisan
seni bina Islam hasil gabungan unsur seni bina Arab, Parsi dan tempatan.
cth: Taj Mahal yang terletak di Agra
seni ukir
berkait dengan aspek keagamaan - merangkumi pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat
seni lukis
Candi dan kuil dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur keceriaan dan keagamaan
sains dan teknologi
matematik
konsep geometri berkembang semenjak zaman sebelum masihi lagi
masyarakat India mengembangkan ilmu matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi
astronomi
ilmu astronomi dan kalender iaitu Jyotisa
(satu bahagian utama Veda) merupakan perkiraan astronomi, digunakan untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan
kedudukan longitud matahari dan bulan telah dibuat berkaitan dengan upacara brahmanik. berdasarkan perkiraan astronomi ini muncul kalender matahari
masyarakat tamadun india juga berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi
fizik
ilmu ini juga berkaitan dengan agama dan teknologi. konsep jirim dalam ilmu fizik muncul bukan berdasarkan eksperimen tetapi intuisi dan logika
mereka percaya alam semesta terdiri dari lima gabunan : tanah, angin, api, air dan angkasa. bidang kimia pula tertumpu pada pembuatanuba bagi hidup lama, racun dan sebagainya
Iron Pillar di Delhi yang dibina pada abad ke-SM merupakan tiang besi setinggi 7 meter dan begitu tulen, didapati tidak berkarat hingga ke hari ini.
perubatan
unsur-unsur bidang perubatan termasuk fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia dan veterinar telah muncul sebelum tahun masihi lagi
amalan yoga yang mengutamakan ketenangan minda kerana penting untuk kesihatan mempunyai kaitan dengan amalan meditasi dalam ajaran Hindu
menurt teks-teks ayurvedik atau ayurveda (Knowledge of life), badan manusia terbentuk dari kombinasi vayu (angin), pitta (api) dan kapha (lendir)
serangan penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam badan dan dirawat dengan menggunakan ubatan herba dan minyak urutan
teks tersebut dianggap penting dalam bidang perubatan hingga kini
Husna Sofiah Adriana