Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Persamaan dan perbezaan nilai-nilai universal di antara tamadun-tamadun. -…
Persamaan dan perbezaan nilai-nilai universal di antara tamadun-tamadun.
Persamaan
Nilai Kepercayaan dan Agama
Semua agama menekankan konsep ketuhanan
Mempunyai amalan-amalan tertentu
Contohnya memahami dan mempercayai konsep syurga, neraka dan hari pembalasan.
Nilai Ekonomi
Setiap tamadun menjalankan kegiatan ekonomi yang pelbagai seperti perdagangan, perikanan, perlombongan dan sebagainya bagi mengukuhkan ekonomi tamadun masing-masing.
Setiap tamadun mempunyai matlamat utama yang perlu dicapai supaya ekonomi mereka dapat distabilkan dan dikembangkan.
Nilai Alam Sekitar
Setiap tamadun mempunyai prinsip memulihara alam sekitar kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah yang dikurniakan dari Tuhan.
Terdapat sesetengah agama, mereka memelihara alam sekitar kerana mereka menyembah alam sekitar dan dianggap sebagai Divine Power dan dianggap mempunyai kuasa yang dapat memberi kesan kepada manusia.
Nilai Kekeluargaan
Setiap tamadun mementingkan hubungan kekeluargaan
Contohnya, setaip anak perlu patuh terhadap ibu bapa dan bertanggungjawab menghormati terhadap ibu bapa.
Dalam Islam, konsep kekeluargaan mementingkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati
Begitu juga dengan ajaran Konfucius, kesetiaan dan pertalian yang erat mampu membentuk konsep kekeluargaan yang baik.
Nilai Kepimpinan kerajaan
Mementingkan kebijaksanaan pemimpin yang dilantik.
Contoh dalam Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India, pemimpin yang dilantik mestilah bersikap adil, bertanggungjawab, amanah dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.
Perbezaan
Nilai Kepercayaan dan Agama
Tamadun Islam menitikberatkan aspek ketuhanan dan kerohanian berasaskan al-Quran dan hadis. Manakala, tamadun China menyembah roh nenek moyang dan menyembah alam.
Tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama. Manakala, tamadun India percaya kepada pelbagai jenis tuhan.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui tempat ibadat setiap kaum.
Nilai Ekonomi
Tamadun Islam mengambil kira nilai ekonomi berlandaskan syariat iaitu hukum halal dan haram bagi mendapatkan keredhaan Allah.
Contohnya, tamadun Islam mengharamkan amalan-amalan seperti riba, menipu, rasuah dan sebagainya dalam kegiatan ekonomi.
Nilai Kekeluargaan
Tamadun Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi bermula dari proses mencari jodoh.
Syariat Islam juga menetapkan manusia sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa, guru, anak dan sesama manusia.
Nilai Kepimpinan kerajaan
Islam menetapkan bahawa, pemimpin kerajaan mestilah beragama Islam, berfikiran waras, bertangunggjawab, tidak zalim dan adil.
Manakala tamadun India, mereka menggunakan pendekatan agama Buddha yang menekankan nilai moral dan raja bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Nilai Alam Sekitar
Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam sekitar dan manusia bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.
Dalam Tamadun China iaitu ajaran Tao, alam dianggap sebagai "ibu" iaitu bumi perlu dimuliakan