Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MOOC (Massive Open Online Course) - Coggle Diagram
MOOC
(Massive Open Online Course)
Pegertian Berdasarkan Istilah
O - "Open" yang membawa maksud terbuka dan percuma. ianya boleh diakses secara percuma, kandungan di dalamnya bersifat terbuka dan pendaftaran juga terbuka di mana semua orang boleh mendaftar masuk.
O - "Online" yang membawa maksud dalam talian.
M - "Massive" yang membawa maksud besar-besaran dan luas, Ini bermakna MOOC ini adalah satu aplikasi dimana ramai orang boleh turut serta.
C - "Course" membawa maksud kursus. Sehingga kini, MOOCs Malaysia menawarkan 63 kursus yang menarik, dan seramai 137,946 pelajar daripada lebih 80 negara mengikuti MOOC Malaysia.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan MOOC?
Dikenali sebagai Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran adalah kursus dalam talian yang boleh diakses melalui web dan menawarkan penyertaan tanpa had.
Apakah Kandungan Bahan Dalam MOOC?
Video
Tugasan
Kuiz
Bilakah MOOC Diperkenalkan?
Diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for Technology in Liberal Education (Chirs, 2013).
David Comier telah menghasilkan MOOC untuk kursus Connectivism and Connected Knowledge yang berlangsung secara atas talian
Berrtujuan untuk meningkatkan tahap jaringan antara pelajar dengan masyarakat sekelilingnya,
Apakah Kelebihan Penggunaan MOOC?
Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza
Pelajar juga dapat berinteraksi secara peribadi dengan pelatih kursus dan bertanyakan sendiri persoalan.
Dijadikan sebagai pembelajaran altenatif oleh pengajar apabila tidak dapat mengadakan kelas secara bersemuka.
Memberi peluang kepada pelajar pengajian jarak jauh.
Membolehkan pemindahan maklumat antara pengajar kepada pelajarnya yang berlaku secara atas talian dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.
Isu Dan Cabaran MOOC
Tugasan kursus yang wujud adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan tugasan di dalam kelas secara bersemuka.
Kepelbagaian jenis tugasan juga mencetuskan kepelbagaian cara pemarkahan untuk seimbangkan corak pembelajaran yang berbeza.
Tugasan yang banyak menjadi beban kepada pelajar disebabkan masa yang diambil untuk menyiapkannya agak lama dari biasa.
Terdapat juga segelintir pelajar yang berputus asa dan tidak menghabiskan kursus tersebut.