Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SINOPSIS PELARI MUDA BAB 6-BAB 10, Bab 10 Sepatutnya Berehat, Bab 9 Dia…
-
-
Bab 9 Dia Tidak Sudi
Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan
terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa
menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama
dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya
mencapai rekod lamanya.
Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul.
Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh,
sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya.
Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah
dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya
di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul.
Bab 6 Mengapa, Kamarul
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan
tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.
Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah
yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh
terhadap Encik Kadir.
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi
Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain.
Bab 7 Melepaskan Marah
Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam
terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi
kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran.
Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon
daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya danmendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah
petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama.
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir
setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah.
Bab 8 Semoga Berjaya
Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati
Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal.
Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi
kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul
supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum
keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum
loceng berbunyi.