Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERISTIWA KEWAFATAN RASULULLAH SAW - Coggle Diagram
PERISTIWA KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Khilaf Ulamak pada tarikh kewafatan Rasul SAW Ibnu Hajar mengatakan
Tiada khilaf nabi wafat pada hari Isnin dibulan Rabiul Awal. Ulamak berbeza pendapat pada tarikh
1) Yaaqub bin Sufyan dari Laits : 1 Rabiul Awal
2) Abu Mikhnaf alKalbi dan dianggap rojeh disisi Ibnu hajar : 2 Rabiul Awal
3) Ibnu Ishaq dan alWaqidi : 12 Rabiul Awal
sehari sebelum baginda wafat
Baginda memerdekakan semua hambanya.
Baginda memberikan semua senjatanya kepada org Islam
Baginda bersedekah 7 Dinar yg ada dlm simpanannya
Baginda pernah menggadaikan baju berinya kepada seorang yahudi dengan bayaran 30 Dinar.
saat kewafatan baginda
setelah masuk waktu Dhuha, Baginda memanggil Fatimah lalu membisikkan sesuatu yg menyebabkan beliau menangis. Dan kemudian beliau ketawa.
Saat Kewafatan Baginda SAW Rasulullah saw wafat di riba Aishah bukannya Fatimah
Lalu datang saudara lelaki Aisyah ra yakni Abdur Rahman dalam keadaan memegang siwak/ kayu sugi dari batang yang masih segar. Lalu Baginda SAW melihat siwak/suginya itu. Dan Aisyah ra pun paham bahwa Baginda SAW menghendakinya. Ia bertanya kepada Baginda SAW. Baginda SAW pun mengisyaratkan dengan menyatakan .”ya”.
Maka Aisyah ra mengambil sebatang siwak/kayu sugi dan mengunyahnya hingga lembut. Kemudian Rasulullah SAW bersiwak dengannya sebaik cara biasa Rasulullah SAW bersiwak.
Maka aku tengok Baginda SAW bersugi dengan cara yang lebih baik berbanding sebelum daripada ini. Ketika itu, dihadapan Baginda SAW ada sebekas kecil berisi air. Baginda SAW mencelupkan tangannya di dalam bekas air tersebut, lalu menyapunya di muka sambil berkata: “Tidak ada Tuhan selain daripada Allah, sesungguhnya bagi kematian itu kesakitan- kesakitan.”
Saat Kewafatan Baginda SAW Riwayat lain pula ada dinyatakan : Sebaik sahaja selesai bersugi Baginda SAW mengangkat tangannya atau jarinya serta mendongak ke bumbung sambil bibirnya bergerak. Aisyah R.anha merapatkan telinganya kerana ingin mendengar apa yang diucapkan oleh Baginda SAW
.
“Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka daripada kalangan para nabi, orang-orang benar (orang yang beriman), orang-orang syahid dan orang- orang soleh. Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku serta pertemukan aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi.”
Antara Ucapan sebelum kewafatan.
"Ya Allah ampunilah dosa dosaku, berilah rahmat kepadaku dan kau letakkanlah aku bersama teman temanku"
Usia Rasulullah SAW saat kewafatan. Ada 3 pendapat mengenai umur ketika Kewafatan Nabi saw
Rasulullah wafat pada usia 63 tahun
Rasulullah SAW wafat pada usia 60 tahun
Rasulullah SAW wafat pada usia 65 tahun
Punca kewafatan Baginda SAW
Diracun dengan seekor kambing
Penyakit Dzatul Janbi ( Bisul besar yg tumbuh dm perut)- Kanser usus ( Musnad Abi Ya’la)
Yang bertugas memandikan baginda
Ibnu Abbas, Ali, (Al Fadhil dan Qutsam ) keduanya merupakan anak dari Al Abbas
Syukran iaitu bekas budak Rasulullah SAW, Usamah bin Zaid, dan Aus bin Khawali.
Al Abbas dan kedua anaknya bertugas memusingkan badan, sedangkan Usamah dan Syukran bertugas menuang air
Ali yang memandikannya/gosok dan Aus bertugas menyandarkan badan Nabiyullah pada dadanya.