Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW - Coggle Diagram
Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW
Menjelang kewafatan Rasulullah
Kira-kira 3 bulan selepas kembali daripada menunaikan haji wada, Nabi Muhammad SAW menderita sakit yang cukup serius. Baginda kali pertama mengadu akan kesakitannya semasa di rumah Ummul Mukminin, Maimunah.
Baginda sakit selama 10 hari, kemudian akhirnya wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal ketikaberusia 63 tahun
Nabi Muhammad SAW meminta kepada para isterinya untuk dirawat di rumah Aisyah. Aisyah mengusap badan Nabi Muhammad SAW sambil membaca surah Al- Widzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas )
Ketika baginda dalam keadaan kritikal, berkatalah baginda kepada para sahabat:
"Kemarilah , aku ingin menulis untuk kalian yang dengan itu kalian tidak akan tersesat setelahnya" .
Pengkhabaran berita kepada Fatimah
Nabi Muhammad SAW memanggil Fatimah lalu berbisik, kemudian Fatimah menangis. Nabi memanggilnya kembali dan berbisik kemudian Fatimah tersenyum.
Setelah Nabi Muhammad wafat, Fatimah memaparkan bahawa ia menangis sebab diberitahu bahawa baginda akan wafat, dan tersenyum sebab menerima bisikan bahawa dirinya adalah ahli keluarga pertama yang akan menyusul beliau.
Keadaan Rasulullah
Menjelang kewafatan Nabi Muhammad , sakit yang baginda rasa semakin kritikal sehingga baginda tidak mampu untuk solat berjemaah di masjid bersama para sahabat.Baginda bersabda : " Suruhlah Abu Bakar supaya solat mengimami manusia "
Pada satu hari, Nabi keluar dengan dipapah oleh Ibnu Abbas dan Ali untuk solat berjemaah, seterusnya beliau berkhutbah . Beliau memberi pujian dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar dalam khutbahnya itu dimana ia ( Abu Bakar) dipilih oleh Allah di antara dunia dan akhirat, Abu Bakar memilih akhirat.
Khutbah yang disampaikan itu adalah 5 hari menjelang kewafatan Nabi Muhammad. Baginda bersabda :
"Sungguh ada seorang hamba yang ditawarkan dunia dan perhiasannya, namun ia memilih akhirat".
Abu Bakar memahami bahawa maksudnya itu adalah dirinya. Dia pun menangis. Melihat hal tersebut, para sahabat yang lain berasa hairan kerana tidak merasakan apa sebenarnya yang dirasakan oleh Abu Bakar
Hari kewafatan Rasulullah
Rasulullah SAW membuka tabir bilik Aisyah semasa solat Subuh , hari dimana akan wafatnya Nabi Muhammad, kemudian baginda memandang para shahabat yang sedang berada dalam saf-saf solat berjemaah.
Baginda tersenyum dan tertawa kecil seakan mengundur diri daripada mereka. Para shahabat amat gembira dengan kehadiran Nabi.
Abu Bakar berundur kerana menganggap Rasulullah ingin solat berjemaah bersama mereka. Namun, baginda memberikan isyarat tangan agar mereka menyelesaikan solat mereka terlebih dahulu. Kemudian, baginda menutup semula tabir.
Fatimah masuk menemui beliau dan berkata: " Alangkah berat penderitaan ayah " . Maka baginda menjawab : " Setelah hari ini, tidak akan ada lagi penderitaan ".
Ternyata itulah hari Nabi Muhammad wafat. Usamah bin Zaid masuk , dan beliau memanggilnya dengan isyarat. Baginda sudah tidak sanggup lagi bercakap kerana sakitnya yang semakin berat.
Ketika menjelang Nabi Muhammad wafat, baginda bersandar di dada Aisyah.
Aisyah mengambil siwak pemberian saudaranya bernama Abdurrahman . Baginda lalu bersiwak dengannya.
Rasulullah SAW memasukkan tangannya ke dalam bejana yang berisi air dan membasuh mukanya. Baginda bersabda : "Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya pada setiap kematian itu ada saat-saat mati ".
Dan Aisyah secara samar-samar masih mendengar baginda bersabda :"Bersama orang- orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah". Lalu baginda berdoa: " Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ) " .
Aisyah tahu bahawa baginda waktu itu disuruh memilih , dan beliau pun memilih Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ).
Akhirnya waktu wafatnya Nabi Muhammad pun tiba pada hari itu. Baginda wafat pada waktu Dhuha dan ada yang mengatakan pada waktu tergelincirnya tengah hari. Pada waktu itu, kepala baginda di pangkuan Aisyah.
Abu Bakar segera masuk , semasa Nabi Muhammad wafat ia tidak berada di tempat itu.Ia membuka penutup wajah beliau, lalu menutupnya kembali dan menciumnya. Ia pun keluar menemui orang ramai. Ketika itu , orang ramai dalam keadaan antara percaya dan tidak percaya atas kewafatan Nabi Muhammad. Umar antara sahabat yang tidak percaya atas berita Nabi Muhammad wafat. Orang ramai pun kemudian berkumpul menemui Abu Bakar.
Abu Bakar berkata : "Amma ba'du , barangsiapa di antara kalian yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad saat ini telah mati. Dan barangsiapa di antara kalian yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Allah telah berfirman: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang ( murtad) ? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun ; dan Allah akan memberi balasan kepada orang -orang yang bersyukur " ( QS. Aali ' Imraan: 144).
Mendengar itu, kemudian para shahabat merasa tenang . Sementara itu, Umar duduk di tanah tidak sanggup berdiri. Seakan-akan mereka belum pernah mendengar ayat tersebut melainkan pada saat itu sahaja
Fatimah berkata : "Wahai ayah, Rabb telah memenuhi doamu. Wahai ayah, syurga Firdaus tempat kembalimu. Wahai ayah, pada Jibril kami kabarkan atas kewafatanmu ".