Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KRONOLOGI PERLANTIKAN SAIDINA ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH - Coggle Diagram
KRONOLOGI PERLANTIKAN SAIDINA ABU BAKAR SEBAGAI KHALIFAH
Kesimpulan peristiwa
Menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menaskan dengan nyata siapakah khalifah selepas baginda
Bai'ah kepada Abu Bakar R.A berlaku selepas selesai mesyuarat di antara sahabat-sahabat besar dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. Ini menunjukkan bahawa yang membuat pemilihan ialah mereka yang dimuliakan dalam kalangan para ulama' dan para pemimpin. Inilah yang dinamakan sebagai 'ahli halli wal aqdi'.
Tidak disyaratkan ijma' keseluruhan umat. Malah tidak mudharat sekiranya berlaku penentangan daripada sebahagian kecil sebagaimana yang berlaku terhadap Saad bin Ubadah R.A yang tidak menyetujuinya.
Adalah suatu yang syar'e berlakunya bai'ah umat keduanya seperti mana yang berlaku kepada khalifah Abu Bakar R.A.
Tidak disyaratkan dalam pemilihan kehadiran semua ahli halli wal aqdi seperti mana Ali bin Abi Talib R.A dan Zubair bin al-Awwam R.A tidak hadir kerana menguruskan jenazah Nabi Muhammad SAW walaupun mereka berdua berbai'ah selepas itu.
Sebelum Rasulullah wafat, baginda tidak melantik sesiapa untuk menjadi khalifah selepasnya.
Selepas Rasulullah wafat, para sahabat dari golongan ansar berkumpul di rumah Sa'ad bin Ubaidah kerana mereka ingin menyalonkan Sa'ad sebagai khalifah.
Sahabat Muhajirin juga mendatangi Saqifah Bani Sa'idah.
Perdebatan berlaku antara dua golongan tersebut
Kaum Ansar merasakan mereka berhak kerana mereka banyak membantu Rasululah. Kaum muhajirin juga berhujah dimana mereka lebih dahulu mendukung Rasulullah SAW.
Tambahan pula, Rasulullah adalah dalam kalangan Muhajirin dan Baginda pernah mengamanahkan Saidina Abu Bakar untuk menggantikan baginda untuk menjadi imam semasa baginda uzur.
Ahli keluarga Rasulullah SAW berpandangan bahawa pandangan kaum Muhajirin lebih berhak kerana Ahlul Bait mempunyai hubunan keluarga dengan baginda.
Ada pula berpendapat bahawa jawatan khalifah adalah untuk Muhajirin kerena berbangsa Quraisy dan lebih dihormati sebagai pemimpin bagi orang Arab. Para sahabat bersepakat bahawa jawatan khalifah dipegang oleh Muhajirin.
Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar dan Abu Ubaidah menjadi Khalifah
Tetapi Umar Al-Khattab menolaknya dan mencalonkan Saidina Abu Bakar
Umar Al-Khattab menjadi orang yang pertama membai'ah Abu Bakar. manakala Zaid bin Thabit mulakan bai'ah daripada golongan Ansar.
Imam as-Suyuti berkata bahawa Zubair bin al-Awwam dan Ali bin Abi Talib yang menguruskan jenazah Nabi S.A.W juga memberi bai’ah pada hari tersebut.
Pada keesokan hari, Umar bin al-Khattab telah berkhutbah kepada orang ramai mengenai pemilihan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah, dan mereka memberikan bai’ah kepada Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah.