Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SINOPSIS : Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia), Sinopsis Mengikut Bab,…
-
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1 Mengapa Muram?
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari oleh ibunya Mak Jah.
Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan
dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul
mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah.
Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri
daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat
antarabangsa.
Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang
berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2 Jangan Mungkir
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir
pada sesi latihan di Pusat Kampung Pandan. Sikap
Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures.
Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh
sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan.
Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu
sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures
bertanyakan tentang Kamarul.
Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di
antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah
berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
-
Bab 4 Sebak Di Dada
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul
hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang
dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi,Mak
Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul.
Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu
tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari,
Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut
kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu
dengan kejujuran Saridah menulis.
Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka.Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya
sedang beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat
menjerit-jeritkan namanya.
Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung
sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari
stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
Bab 5 Jemu Menunggu
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang
pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah
teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di
perpustakaan.
Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik
rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul
sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan
itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik
dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik
darjah hingga ke rumah.
Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal
dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula
berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa
dan sedih.
Bab 6 Mengapa, Kamarul
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian
cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi
Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas
yang dibuat oleh pelari sukan negara lain.
Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah
yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh
terhadap Encik Kadir.
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan
tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7 Melepaskan Marah
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir
setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu
ditegur oleh Mak Jah.
Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon
daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan
mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah
petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka
berbual-bual di kantin begitu lama.
Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam
terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi
kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Bab 8 Semoga Berjaya
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum
keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan
Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum
loceng berbunyi.
Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati
Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui
Cikgu Zainal.
Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi
kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal
mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul
supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di
samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 9 Dia Tidak Sudi
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama
dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan
prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya
mencapai rekod lamanya.
Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin
menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh
berjaya.
Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah
dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul
tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan
Kamarul.
Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan
terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap
angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa
menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan
raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
-
Bab 11 Harapan Tinggi
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan
harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah.
Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih
bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan
menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan
Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati
Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa
prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali
normal.
Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan
olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang
berjaya itu.
Bab 12 Selamat Jalan
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet
lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-
kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari
Saridah yang masih tidak muncul.
Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya
Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ
dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul
berjaya.
-
-
Bab 15 Ucapan Tahniah
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir.Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul
dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada
Kamarul.De Wega memberi nasihat dan kata perangsang
kepada Kamarul.
Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De
Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang
pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul.
Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak,ayah, kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.