Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bukti kedatangan Islam di Asia Tenggara - Coggle Diagram
Bukti kedatangan Islam di Asia Tenggara
Dari Semenanjung Tanah Arab
JOHN CRAWFORD
Disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Menerusi Perdagangan
Pelabuhan2 di Asia Tenggara menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk membawa pedagang Arab ke China ataupun balik ke tanah Arab
Mendirikan perkampungan Arab
Catatan China: Terdapat perkampungan Islam, iaitu Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.
menjalankan aktiviti perdagangan
berkahwin dengan wanita tempatan
penyebaran dakwah agama dengan penduduk tempatan
SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Persamaan kesusasteraan dengan Tanah Arab
Perkataan bahasa Aarab dalam tulisan Jawi
Pengaruh budaya Arab
Adat resam dan kebudayaan
Tarian zapin dan dabus serta amalan hormat menghormati.
Ceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara menyatakan peranan yang dimainkan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
Hikayat Raja-raja Pasai: Syeikh Ismail mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih)
Hikayat Merong Mahawangsa: Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani.
Hikayat Acheh: Peranan Syed Abdullah Arif
Sejarah Kepulauan Sul: Peranan Sharif Hassan dan Awlia
Dari China
EMMANUEL GADINHO EREDIA
sejak abad ke-9 M, Khan Fo atau Canton menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan pedagang Arab yang beragama Islam.
saudagar Cina di situ beragama Islam menyebarkan agama kepada penduduk di Asia Tenggara.
Masjid Tengkera, Melaka merupakan masjid tertua yang terdapat unsur seni bina Cina, iaitu menara berbentuk pagoda.
S.Q FATIMI
Tahun 876 M: Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton dan Amoy ke rantau Asia Tenggara.
bukti wujudnya kerajaan Islam di pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke-13.
Batu Bersurat Terengganu (bertulisan jawi menerangkan kewajipan menjalankan hukum syarak)
terjumpa sepasang batu nisan bertulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang.
persamaan unsur seni bina pada masjid-masjid di Asia Tenggara khususnya di Melaka, Kelantan dan Pulau Jawa dengan unsur seni bina di China
Di Melaka, bentuk bumbung masjid mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat atau pagoda China, iaitu bahagian hujung peraung atapnya yang kelihatan melentik.
terdapat atap genting China
Warna merah dna kuning kayu kepala pintu, tingkap, jubin lantai, dinding, tangga dan kolam air di masjid.
Dari India
Snouck Hurgonje sejarawan Belanda
Islam berkembang ke Asia Tenggara sejak abad ke-13M menerusi wilayah Gujerat dari pantai Koromandel.
Gujerat sebagai pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India dan telah menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara.
wujudnya hubungan perdagangan yang begitu lama antara India dengan rantau Asia Tenggara dan dengan itu pedagang India Islam sudah tentu berperanan dalam penyebaran agama Islam
sebelum wujudnya agama Islam, agama dan kebudayaan Hindu telah pun lama wujud di Asia Tenggara dan hubungan Asia Tenggara dengan India adalah rapat
Batu Nisan Malik al-Salih di Pasai dibuat daripada batu marmar daripada India dan mempunyai ciri batu nisan Gujerat, India