Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SINOPSIS PELARI MUDA BAB 11-BAB 15, Bab 14 Dadanya Mencecah Pita, Bab 13…
-
-
-
Bab 11 Harapan Tinggi
Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan
olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih
bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan
Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa
prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal.
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan
harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok.Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah.
Bab 15 Ucapan Tahniah
Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan
Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah, kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya.
Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir.
Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada
Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul.
Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De
Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang
pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul.
Bab 12 Selamat Jalan
Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya
Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul
berjaya.
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet
lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari
Saridah yang masih tidak muncul.