Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sumbangan etika keguruan dan personaliti guru cemerlang terhadap pembinaan…
Sumbangan etika keguruan dan personaliti guru cemerlang terhadap pembinaan negara bangsa
Nilai-nilai yang digariskan oleh KPM kepada guru
Amanah
DedikasI
Bersyukur
Penyayang
Bijaksana
Ikhlas
Benar
Matlamat pembinaan negara bangsa
Membentuk dan melahirkan warganegara dengan identiti yang bercirikan oleh latar belakang tempatan negara tetapi mempunyai kekuatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Membina dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti
Membentuk insan seimbang bukan hanya memiliki tahap kecerdasan yang tinggi, tetapi juga mempunyai cita-cita dan moral yang terpuji dan mampu mengaktifkan kehidupan yang harmoni
Untuk menjana modal insan yang unggul dengan minda kelas pertama dan sifat 'glokal', yang merupakan masyarakat yang berfikiran global tetapi mampu mencapai tahap antarabangsa.
Sumbangan
Mengembangkan potensi modal insan melalui penyerapan elemen kerohanian dan kurikulum, dan menyediakan pelbagai bahan rangsangan untuk mengoptimumkan potensi individu.
Melahirkan modal insan yang mengiktiraf aspirasi negara.
Melahirkan insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk menyokong pembangunan negara
Melahirkan guru yang versatil
Membantu meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini
Melahirkan pelajar untuk menjadi insan intelektual
Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan murid
Memperkukuh disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep Rukun Negara
Melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air.
Melahirkan warganegara yang mempunyai nilai ketatanegaraan yang tinggi di samping memiliki aspek sahsiah, kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti.
Merealisasikan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda.
Membentuk keperibadian yang unggul dalam diri murid.
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya dalam kalangan pelajar
Membentuk manusia dengan minda kelas pertama yang mempunyai jati diri yang kuat dan berakhlak mulia melalui pendidikan modal insan
Objektif etika Kementerian Pelajaran Malaysia
Menanamkan sikap positif
Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang
Memberikan sumbangan yang berterusan kepada negara
Menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan bagi mempertimbangkan kualiti kerja
Konsep Pembinaan Negara Bangsa
Tun Dr. Mahathir Mohamad (1991) menyifatkan pembentukan negara bangsa ialah sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa deoan yang dikongsi bersama, maka bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah dan kelompoknya, serta menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan hak dan keadilan.
Menurut Abdul Rahman Embong (2001) negara ialah kehidupan dalam sesebuah wilayah yang bersempadan, diperintah oleh satu badan politik yang mempunyai perlembagaan undang-undang tersendiri.
Bangsa dalam konteks negara Malaysia merupakan sebuah bangsa yang akan terbentuk oleh sejarah, politik, ekonomi serta interaksi sosial dan akhirnya disatukan dengan ungkapan "bangsa Malaysia".