Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme - Coggle Diagram
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Pengenalan
satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan dari orang lain.
( McBrien&Brandt,1997)
Perkataan asal Inggeris Construct - Pembinaan pengetahuan
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang dibina dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda pelajar tetapi harus dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar pelajar.
Prinsip Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Proses membina pengetahuan melibatkan aspek
sosial
- ini bermakna seseorang pelajar akan berinteraksi dan bertukar – tukar pendapat dgn pelajar dan individu lain ketika membina pengetahuan.
Komunikasi antara guru dengan pelajar mungkin menimbulkan konflik / perselisihan faham - jawapan yang diberikan pelajar merupakan pendirian pelajar (mungkin berbeza daripada guru)
Guru sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar- Guru hanya membimbing pelajar dalam proses pembinaan pengetahuan dan bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke dalam otak pelajar.
Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme
Persekitaran pembelajaran mesti bersifat kompleks dan mencabar.
Persekitaran pembelajaran seharusnya menggalakkan perbincangan dan interaksi dalam kalangan pelajar.
Pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan untuk memudahkan pembinaan pembinaan pengetahuan.
Refleksi perlu dilakukan oleh para pelajar.
Pengajaran berpusatkan pelajar.
Kemahiran KBKK dititikberatkan.
Pemikiran lateral pelajar-pelajar perlu diutamakan.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran berpusatkan murid.
Pelajar cari dan bina maklumat baru.
Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
Guru sebagai fasilitator.
Pembinaan pengetahuan baru menjadi objektif
Bebas tidak berstruktur / fleksibel
Penggunaan pelbagai media dan kaedah.
Pengetahuan dibina melalui pengalaman.
Interaksi dua hala
pembelajaran dalam situasi,penyelesaian masalah, penemuan dan inkuri, koperatif, kolaboratif.
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam PdP
Suasana PdP yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan pelajar.
P&P mengalakkan uji kaji, penerokaan, penyelesaian masalah supaya pembinaan pengetahuan dapat berlaku.
Interaksi dan pertukaran idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer dan perisiannya.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalak dan meransang pembelajaran.
Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar membina pengetahuan.