Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME - Coggle Diagram
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
KONSEP
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Menurut McBrien&Brandt (1997), kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan dari orang lain.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
PRINSIP-PRINSIP
Proses membina pengetahuan melibatkan aspek sosial.
Komunikasi antara guru dengan pelajar mungkin menimbulkan konflik atau perselisihan faham.
Guru sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar
SYARAT-SYARAT
Persekitaran pembelajaran mesti bersifat kompleks dan mencabar.
Persekitaran pembelajaran seharusnya menggalakkan perbincangan dan interaksi dalam kalangan pelajar.
Pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan untuk memudahkan pembinaan pembinaan pengetahuan.
Refleksi perlu dilakukan oleh para pelajar.
Pengajaran berpusatkan pelajar.
Pemikiran lateral pelajar-pelajar perlu diutamakan.
CIRI-CIRI
Pembelajaran berpusatkan murid dan berlaku interaksi dua hala.
Pelajar cari dan bina maklumat baru.
Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
Guru sebagai fasilitator.
Objektif tidak boleh ditentukan atau diramalkan.
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
Pembinaan pengetahuan baru menjadi objektif utama.
Pengetahuan dibina melalui pengalaman.
JEAN PIAGET ( 1896- 1980)
Teorinya berasaskan kepada premis bahawa kanak-kanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep yang bertujuan untuk memahami dan memberi respon yang sesuai.
Struktur kognitif kanak-kanak akan bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang mereka lalui.
Lima konsep pembelajaran iaitu Skema, Adaptasi, Asimilasi, Akomodasi dan Keseimbangan / Ekuilibrasi
LEV VYGOTSKY (1896-1934)
Pelajar adalah individu unik yang mempunyai latar belakang berbeza.
Pelajar melalui proses pembelajaran melalui bermain, penyampaian formal, kerjasama pelajar dengan pelajar yang lebih mahir.
Motivasi pelajar untuk belajar dipengaruhi oleh pengalaman yang berjaya dan keyakinan diri.
Zon Perkembangan Dekat (ZPD) terbahagi kepada dua zon iaitu zon atas dan zon bawah. Zon atas menerangkan tentang pelajar beraktiviti dengan bantuan orang lain manakala zon bawah menerangkan tentang pelajar boleh buat aktiviti sendiri.
Scaffolding merupakan proses peringkat bimbingan atau sokongan dilakukan mengikut keperluan pelajar seperti soal jawab, tanda isyarat, prompting, penjelasan verbal dan cueing.
IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Suasana PdP yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan pelajar.
PdP mengalakkan uji kaji, penerokaan, penyelesaian masalah supaya pembinaan pengetahuan dapat berlaku.
Interaksi dan pertukaran idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer dan perisiannya.
Penyesuaian terhadap iklim bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar dan tahap kebisingan tertentu.