Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA) - Coggle…
SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA)
maksud
al-umur: lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia samaada melakukan atau meninggalkan. (perbuatan, percakapan, niat)
contoh
seorang lelaki mengeluarkan dan memberikan duit kepada seseorang. jika ianya bermaksud zakat maka dianggap wajib baginya dan tidak perlu dipulangkan. jika ianya bermaksud bersedekah atau hibah maka ia digalakkan. dan jika bermaksud hutang maka orang itu wajib memulangkan semula duitnya.
Surah 98 Al-Bayyinah, Ayat 5-5
وَمَاۤ اُمِرُوۡۤا اِلَّا لِيَعۡبُدُوا اللّٰهَ مُخۡلِصِيۡنَ لَـهُ الدِّيۡنَ ۙ حُنَفَآءَ وَيُقِيۡمُوا الصَّلٰوةَ
وَيُؤۡتُوا الزَّكٰوةَ وَذٰلِكَ دِيۡنُ الۡقَيِّمَةِ ؕ ﴿98:5﴾
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
beza antara niat dan nazar
niat ialah perkara yang mengesahkan amal
nazar ialah sesuatu yang wajib ditunaikan
dalil darpada hadis
(HADITH pertama daripada Himpunan Hadith Arba’in susunan Imam Nawawi)
Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat,
dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada
Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana
dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya,
maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’”
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى
اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”
kaedah terbitan
apa yang disyaratkan supaya menyatakan dalam niat, seandainya silap dalam pernyataan atau penentuan, terbatal.
huraian kaedah: iaitu suatu amalan yang mana dalam perlaksanaannya diisyaratkan menjelaskan niat, jika berlaku kesilapan dalam penjelasan menyebabkan terbatal atau tidak sah.
apa yang dikira dalam akad atau perjanjian ialah maksud dan makna bukan lafaz dan bentuk perkataan.
huraian kaedah: iaitu yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya , bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah2 sahaja. erti kata lain, kaedah terbitan ini ialah apabila sesuatu akad itu berlaku, dimana terdapat padanya perbezaan di antara niat atau maksud orang yang melakukannya dengan lafaz atau yang diucapkannya maka diambil kira sebagai sesuatu akad adalah maksudnya, selagi maksudnya itu dapat diketahui.
sesuatu lafaz atau ucapan berdasarkan niat orang yang mengucapkan
huraian kaedah: kaedah ini diberi pengecualian pada satu tempat atau keadaan sahaja iaitu di hadapan hakim atau qadi. ini kerana, sumpah di hadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah. maka, maksud ucapan orang yang bersumpah itu adalah dengan menurut kehendak dan maksud hakim atau qadi tersebut.
tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadat bukan jenis adat atau ia tidak ada kesamaran dengan yang lain.
niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang am dan tidak mengumumkan lafaz khas.
huraian kaedah: iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, ia boleh mengikatkan atau memuqayyadkan perkataan atau lafaz mutlaq, serta boleh menjelaskan dan menerangkan lafaz dan perkataan mujmal.