Tamadun Eropah

POLITIK

Keruntuhan empayar Rom Barat membawa kepada keruntuhan politik di Eropah

Kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah telah musnah.

Kemunculan golongan tuan tanah, iaitu baron yang berkuasa di wilayah masing-masing bertujuan seperti melindungi golongan petani yang membayar cukai sahaja jika tidak mahu menjual tanah dan menjadi hamba

baron memperoleh pelindungan daripada golongan raja dengan memberi perkhidmatan dan membayar cukai.

jalinan ikatan yg menghbungkan rakyat dengan tuan tanah , tuan tanah dengan raja inilah yg membentuk asas sistem feudal di Eropah

SOSIAL

Gereja Katolik sebagai institusi amat berkuasa dan berpengaruh pada zaman pertengahan, dan memiliki hartanah yg banyak

agama kristian mementingkan aspek kerohanian dan persediaan untuk akhirat.

Dianggap mengongkong kehidupan masyarakat

EKONOMI

Pada zaman pertengahan, kegiatan perdagangan tidak meluas kerana diganggu oleh serangan orang gasar, Viking dan Magyar.

Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam.

Penumpuan sektor pertanian, mengamalkan ekonomi sara diri, dan sistem jual beli melalui sistem pertukaran barang (barter) kerana mata wang yang agak terhad

PENCAPAIAN

Penemuan Jalan laut dan Dunia baru

Revolusi Pertanian dan perindustrian

Adanya galakan pemerintahan negara Eropah yg membantu aktiviti penjelajahan

Keuntungan perdagangan rempah ratus dan sutera

Pelaut yang unggul, persaingan portugal dan Sepanyol serta semangat kebanggaan bangsa

Pemilikan tanah persendirian membantu masyarakat mencari rezeki

Kaedah ciptaan baru dalam pertanian seperti penanaman secara bergilir dan alat Jethro Tull

Pertanian komersial

Peralihan industri desa kepada perkilangan

Penggunaan teknologi seperti mesin berkuasa wap (enjin berkuasa wap hasil pembakaran arang batu) untuk menggerakkan kenderaan di darat dan di air.

peningkatan perdagangan antarabangsa.

kemunculan golongan buruh

perubahan dan kemajuan bidang pengangkutan