Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Meneliti perintah dakwah ke Taif dan iktibar - Coggle Diagram
Meneliti perintah dakwah ke Taif dan iktibar
IKTIBAR
kesungguhan Rasulullah yang tetap menyampaikan dakwah islam walaupun baginda diuji dengan pelbagai dugaan seperti dihina dan dicaci
kebijaksanaan Rasululullah dalam memikirkan strategi untuk berdakwah. Contohnya, baginda menemui pemerintah Thaif dahulu sebelum mula berdakwah kepada penduduk
kesabaran Rasulullah dalam menghadapi cabaran ketika berdakwah
HADIS TENTANG SIFAT SABAR
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia
yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. [Riwayat al-Tirmizi (2260)] [Hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya]
Sikap Rasulullah yang tidak mendoakan kemusnahan kepada pihak musuh malah baginda terus berdakwah walaupun menerima tentangan yang hebat.
Taif merupakan salah satu kota yang terbesar di Hijaz setelah Mekkah
Taif terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, Arab Saudi (Berjarak 50-80 Km dari Mekkah)
Peristiwa ini ada diceritakan kepada isterinya, Saidatina ‘Aisyah RA ketika ditanya:
Maksud: “Apakah pernah datang kepadamu suatu hari yang sangat berat dan lebih berat dibandingkan dengan ketika Perang Uhud?”
Wilayah yang bersuhu dingin dan subur
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Thaif, menurut Thabaqat Ibnu Sa’ad, terjadi pada bulan Syawal tahun kesepuluh kenabian iaitu 3 tahun sebelum hijrah.
Rasulullah SAW berharap agar dapat mengembangkan ajaran Islam kepada penduduk di sana dan berhasrat menjadikan Taif sebagai pusat penyebaran dakwahnya
Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu, apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif , para pembesar segera menghalau mereka
para pembesar telah melakukan bermacam cara untuk menentang Rasulullah daripada berdakwah, tetapi baginda tidak menghiraukan ugutan mereka dan terus menyeru penduduk Taif agar memeluk Islam
Mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek baginda dan mereka akur. Namun, baginda hanya tersenyum
Kemudian, penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. Zaid berkata "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah" menyebabkan Zaid mengalami kecederaan apabila terkena batu dan kayu semasa beliau melindungi Rasulullah
Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari kota Taif dengan rasa kesal kerana selama sepuluh hari mereka berdakwah tetapi penduduk Taif masih enggan
Baginda berdoa ketika dalam perjalanan tersebut dan Malaikat Jibrail mendengar doa tersebut lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif tetapi Baginda tidak membenarkannya bahkan Baginda berdoa kepada Allah supaya mereka yang mencaci dan menghina Baginda diberikan hidayah dan rahmat