Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
π¨βπ« Pendidikan π¨βπ« - Coggle Diagram
π¨βπ« Pendidikan π¨βπ«
π Psikologi Pendidikan
π Konsep
penggabungan dua bidang: bidang psikologi dan pendidikan, merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dalam situasi pendidikan.
Meliputi aspek pendidikan seperti pengajaran dan pembelajaran, suasana bilik darjah, penyusunan bilik darjah, kurikulum sekolah, ujian bakat dan ujian keupayaan
Membantu pihak berkuasa merancang dasar pendidikan terutamanya pendidikan kanak- kanak kurang cerdas, pintar cerdas dan berbakat.
π Kepentingan
Menilai tingkah laku manusia dalam sesebuah masyarakat
Memahami perbezaan individu dari sudut emosi, fizikal dan mental.
Memahami pelbagai gangguan tingkah laku seperti hiperaktif, personaliti terbahagi dua, konsep kendiri negatif dan sebagainya.
π Elemen Penting Falsafah Pendidikan Kebangsaan
π©βπ Perkembangan Potensi Individu
dicungkil, dipupuk, dikembang, dipertingkatkan
terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam
π₯ Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan hidup
Berfikir waras dan berjiwa tenang
daya ketahanan yang kuat untuk menempuhi cabaran hidup
π« Sosiologi Pendidikan
π Konsep
disiplin ilmu-menjelaskan hubungan sosial yang mempengaruhi individu mendapatkan pendidikan dan mengorganisasikan pengalamannya.
menekankan aspek bangsa, kelas sosial dan petunjuk sosial seperti agama, bahasa, jantina, adat dan budaya, kerajaan dan politik, agama, dan masyarakat.
π Pendekatan Kajian
Pendekatan Mikro
Interaksionalis: - interaksi guru dengan murid, melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial.
Pendekatan Makro
konflik: - fungsi utama mendidik murid tentang status budaya.
Fungsonalisme: - mensosialisasikan murid dengan norma, nilai dan peraturan, menekankan fungsi organisasi.
π Kepentingan
menggabungkan pengetahuan sosiologi, asas menentukan matlamat pendidikan.
menganalisis proses sosialisasi.
memahami status pendidikan dalam masyarakat.
Kaitan sosiologi dan psikologi pendidikan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan
Apabila seorang guru boleh memahami tingkah laku anak murid, jadi ini dapat membantu guru untuk mengembangkan potensi individu dalam diri anak murid. Apabila seorang murid sedar akan potensi dalam diri sendiri, ini sekali gus akan menwujudkan disiplin ilmu sebagai panduan dalam mencapai kejayaan yang diingini. Murid akan jelas dengan hubungan sosial yang boleh mempengaruhi mereka dalam mendapatkan pendidikan dan mengorganisasikan pengalaman mereka dalam mencapai kejayaan.
Pentingnya seorang guru untuk mencapai kesejahteraan diri supaya mampu menilai tingkah laku manusia dalam sesebuah masyarakat. Guru perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang untuk memahami perbezaan individu dari sudut emosi, fizikal untuk mendidik murid tentang status budaya. Guru harus mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menempuhi cabaran hidup supaya boleh menjadi contoh kepada murid mereka, bahawa guru juga menghadapi konflik daripada kerja pentadbiran sebagaimana murid mengalami konflik dengan ibu bapa.