Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina negara…
Ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina negara bangsa.
Ciri-ciri Personaliti
Penyayang
Guru bersedia menjaga kebajikan murid dengan mengambil tahu masalah murid, membina hubungan mesra antara guru dengan murid dan berlemah lembut dengan murid
Guru tidak pilih kasih, prihatin dan mengambil berat terhadap masalah dan masa depan murid
Tingkah laku, tutur kata dan perbuatan guru menggambarkan sifat penyayang yang dapat membantunya menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan
Guru yang penyayang mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mengurangkan masalah disiplin murid
Bersikap terbuka
-
-
Guru sentiasa mewujudkan hubungan mesra dengan murid dengan memberikan murid peluang untuk bercakap, tidak membuat penilaian secara melulu dan membuat teguran atau menasihati murid dengan cara yang elok
Dedikasi
Seorang guru yang dedikasi tidak akan memandang tugas mendidik, mengajar dan mengurus sebagai satu beban tetapi sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab tanpa mempersoalkannya atau merungut
Guru sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang demi komitmen mereka terhadap profesion keguruan
Guru yang berdedikasi dan gigih sentiasa membuat persediaan rapi dalam semua aspek sama ada dalam pengajaran mahupun melaksanakan tugas pengurusan dan aktiviti di sekolah
Sentiasa tekun melaksanakan tugas dengan sehabis baik dan berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja tanpa mengharapkan balasan, meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran sepanjang masa
Penampilan
Guru perlulah menjaga penampilan mereka bagi tiga tujuan utama iaitu menjaga kredibiliti profesion keguruan; mengundang rasa hormat daripada sesiapa sahaja yang berurusan dengan guru; dan membina identiti guru yang efektif
Guru perlulah pandai dalam pemilihan pakaian, menjaga kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri
Apabila guru memiliki penampilan yang kemas dan bersesuaian, murid akan tertarik dan yakin dengan apa-apa yang disampaikannya
-
Keterampilan
Guru haruslah menguasai kandungan matapelajaran atau kursus yang diajar dengan baik disamping kemahiran pedagogi
Guru perlu menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan setiap muridnya kerana proses pembelajaran bagi setiap pelajar berbeza
Guru haruslah memahami dan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk membina keterampilan dalam pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan prestasi murid
Guru hendaklah mempunyai keupayaan dalam mempelbagaikan cara untuk membantu murid menguasai ilmu baharu esuai dengan pembelajaran masa ini
Guru mestilah mahir dalam menilai kerja murid, menilai kemajuan murid, membuat pelaporan kemajuan murid secara konstruktif kepada murid dan ibu bapa, menyimpan rekod kemajuan murid dan berusaha meningkatkan kemajuan murid
Guru mempamerkan kebolehan komunikasi interpersonal yang cemerlang dan berupaya menwujudkan ruang untuk berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman
Berakhlak mulia
Guru yang berakhlak ialah pendidik yang mempunyai integriti yang tinggi disamping mematuhi nilai dan etika keguruan
Guru sentiasa mempamerkan sikap sabar, adil, berbudi bahasa dan berdisiplin
Contoh: Guru yang penyabar sentiasa tekun mengajar muridnya terutama yang dilihat ketinggalan atau kurang memahami pelajaran
Konsep kendiri positif
Individu yang percaya dan yakin akan keupayaan diri sendiri, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif.
Seorang guru perlulah mempunyai ciri-ciri kendiri positif seperti sikap menghargai, berpuas hati dengan diri dan pencapaiannya, murah hati, mudah berkawan dan memuji orang lain.
-
-
-