Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ulasan Kritis
(Artikel : Aktiviti Melukis Meningkatkan Keyakinan Di…
Ulasan Kritis
(Artikel : Aktiviti Melukis Meningkatkan Keyakinan Di Dalam Diri Kanak-Kanak)
Oleh : NorJietta Julita Taisin
Kebaikan Artikel
(1) Penulis artikel ini telah melakukan tinjauan dan juga kajian tentang pelbagai teori-teori seperti “Teori Maturationis”, “Teori Kognitif” dan sebagainya untuk memperkuatkan hujahnya bagi menilai tentang keberkesanan tentang aktiviti melukis yang mampu meningkatkan keyakinan di dalam diri kanak-kanak
(2) Secara tidak langsung, ia juga memberi kepentingan yang sangat besar untuk menilai keberkesanan berkaitan dengan aktiviti melukis bagi kanak-kanak seperti kematangan mereka, mental yang sihat dan aktif dan juga tingkah laku yang berasaskan naluri hati
(3) Sebagai contoh, penulis telah menyatakan tentang beberapa nama-nama seperti Victor Lownfeld dan Brittain (1986) iaitu yang telah melakukan kajian terhadap pengaruh seni lukisan di dalam kehidupan kanak-kanak, iaitu yang telah mengkaji dan juga meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan kandungan subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak
(4) Hal ini dapat dibuktikan dengan kanak-kanak akan dapat membangkitkan rasa kepuasan di dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang mampu menjana kognitif seperti aktiviti meneroka. Penerokaan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu mampu memudahkan sama ada rakan sebayanya, guru atau keluarganya memahami dan mengetahui perkembangan yang berlaku terhadap diri kanak-kanak.
(5) Impaknya, kehidupan kanak-kanak akan lebih seimbang iaitu selaras dengan falsafah negara iaitu segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelektual dan guru mampu mengawal kanak-kanak untuk melakukan pembelajaran yang lebih kondusif serta selamat semasa pengajaran dan pembelajaran.
(1) Penulis telah menyediakan pelbagai cadangan untuk para guru bagi memperkasakan pendidikan melalui seni. Perkara ini adalah amat penting bagi para guru untuk mempelbagaikan alat bahan bantuan pembelajaran di dalam kelas kerana pendidikan pada era kini adalah lebih berpusatkan kepada murid dan ia sangat memerlukan aktiviti yang menyeronokkan bagi memastikan para pelajar dapat mengunakan teknik-teknik seperti simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi (Dr. Abdullah Ibrahim)
(2) Selari dengan kata-kata Lowendeld dan Brittain (1975) berpendapat bahawa guru harus berminat dalam Pendidikan Seni dan meningkatkan keupayaan diri untuk mengendalikan aktiviti yang kreatif secara berterusan bagi melibatkan pelajarnya dalam ekspresi kreatif (Chua Yan Piaw, Sharifah Md. Nor, Naim B. Mohd & Wan Zah Wan Ali, 2003).
(3) Secara tidak langsung, ia akan memudahkan para guru merancang dan memberikan pembelajaran yang lebih menarik dan dapat menggunakan pelbagai unsur-unsur seni seperti seni pergerakan, seni visual dan juga muzik.
(5) Kanak-kanak dapat mengadaptasikan pembelajaran dengan lebih mudah dengan adanya guru sebagai fasilitator bagi memimpin pembelajaran dengan baik berkesan
(4) Merupakan permulaan kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang lebih menyeronokkan kepada pelajar. Hal ini juga selari dengan Teori Gardner yang mengatakan bahawa unsur seni adalah amat disokong untuk dijadikan sebagai peranan penting di dalam pembelajaran daripada kurikulum kerana menurutnya, manusia ini mempunyai kecerdasan pelbagai seperti kinestatik badan, muzik dan sebagainya (Jono Towy).
Kelemahan Artikel
(1) Penulis tidak mengadakan pemerhatian yang lebih mudah dilihat untuk memberikan lebih kesan realistik terhadap kajian dan perbincangan yang telah dilakukan di dalam penulisannya.
(2) Hal ini kerana, di dalam penulisannya, penulis lebih mementingkan penggunaan teori, kajian dan juga perbincangan. Sungguhpun perbincangan dan kajian melalui teori adalah dapat menyakinkan dan mampu digunakan, namun kebanyakkannya, lebih memilih kepada untuk melihat pemerhatian yang baik dan hasil akhir bagi mencerminkan keberkesanan yang lebih baik dan menarik.
(3) Seperti yang diketahui bahawa, pemerhatian ini adalah merupakan pengamatan ataupun kesemua pemboleh ubah yang telah digabungkan dan dibentuk menjadi hasil akhir bagi menilai sesuatu ujikaji dengan lebih halus dan tepat (Anis Ibrahim,2012).
(4) Justeru itu, sekiranya diambil kira kesemuanya seperti perbincangan, kajian, dan adanya pemerhatian yang lebih baik terhadap keberkesanan aktiviti melukis ini, maka kebanyakannya seperti guru mahupun ibu bapa adalah sangat menginginkan alat bantuan penyelesaian seperti mempunyai kit pembelajaran ataupun bahan bantu murid bagi memastikan perasaan dan juga emosi kanak-kanak dapat diluahkan di dalam pendidikan walaupun dengan menggunakan aktiviti seni.
(5) Hal ini semestinya akan memberikan keberkesanan yang lebih dapat dilihat melalui mata kasar seperti pemerhatian dan mereka dapat mengadaptasikan kepada kanak-kanak tentang baiknya aktiviti melukis ini. Impaknya, ia mampu meningkatkan keyakinan dan daya imaginasi kanak-kanak ke arah yang lebih berkesan untuk masa depan kanak-kanak tersebut.
(1) Artikel ini mengisahkan tentang aktiviti melukis yang mampu meningkatkan keyakinan melalui keberkesanan seni iaitu melukis dan mampu mengimbangi hubungan sosial kanak-kanak bersama dengan rakan sebaya.
(2) Aktiviti melukis ini adalah melibatkan seni di dalam pendidikan yang mampu menjana pemikiran yang lebih berinovasi dan kreatif
(3) Perkara ini akan menjadikan kanak-kanak memahami perasaan sendiri dan mengekpresikan perasaan melalui cara yang sihat iaitu dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melukis.
Kesimpulan
(2) Aktiviti melukis ini adalah merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada kanak-kanak untuk teroka dan mengkaji sesuatu perkara diluar kotak pemikiran mereka. Selain itu, meningkatkan daya kreativiti dimana merupakan perkara yang unik berlaku kepada manusia
(3) Tidak akan terbatas dan memberikan kanak-kanak peluang berkongsi emosi sesama rakan sebaya mahupun guru di dalam pembelajaran. Manakala guru pula, akan mampu merancang aktiviti pembelajaran yang lebih bersesuaian dan teratur dengan mengikut tahap kebolehan yang ada pada kanak-kanak tersebut semasa di dalam pembelajaran dan pengajaran
-
(1) Aktiviti melukis ini adalah sangat membantu kanak-kanak terhadap perkembangan-perkembangan yang perlu di lalui olehnya seperti kognitif, psikomotor, emosi dan sebagainya. Daripada penulis ini iaitu Norjietta Julita Taisin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah banyak memaparkan pelbagai teori dan kajian terhadap keberkesanan aktiviti melukis ini di dalam meningkatkan keyakinan kanak-kanak