Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kajian Fabrik - Coggle Diagram
Kajian Fabrik
Gentian asli
-Gentian semula jadi daripada bahan mineral (asbestos), tumbuhan (kapas) atau haiwan (sutera),lazimnya dibuat tenunan.
-Gentian asli boleh diklasifikan sebagai gentian tumbuhan dan gentian haiwan.
Gentian asli sumber tumbuhan mempunyai ciri seperti berikut:
Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah
Mudah menyerap lembapan
Selesa dipakai
Tidak kenyal dan mudah renyuk
Tahan pada suhu yang tinggi dan sinaran cahaya matahari
Tahan pada asid lemah dan alkali
Gentian asli sumber haiwan mempunyai ciri seperti berikut:
Kukuh tetapi lemah apabila basah
Daya penyerapan yang baik
Selesa dipakai kerana lembut
Pengalir haba yang baik
Rosak oleh suhu yang tinggi dan alkal
FABRIK POLIESTER
Bahan pembuatan fabrik poliester ialah petroleum.
Dibuat dalam kehalusan yang berbeza.
Mempunyai permukaan yang licin dan rata.
Ciri fizikal poliester seperti rod kaca dengan keratan rentas
berbentuk bulat.
Kebaikan Fabrik Polister
Teguh, kekonduksian haba,menyerap kelembapan dan penebat haba yang baik.
Tahan pada sinaran cahaya matahari.
Tidak mudah renyuk.
Tahan serangga.
Tidak bertahi lalat.
Kelemahan Fabrik Polister
Tidak selesa dipakai.
Melekat pada tubuh.
Lemah pada alkali.
Sensitif pada haba
SUTERA
-Gentian yang teguh,lembut dan halus.
-Dihasilkan dari lelehan/air liur ulat sutera.
-Digunakan untuk membuat tudung,tali leher,balus,kemeja,langsir,sarung kusyen.
-Contoh fabfik sutera: Satin, Jaquard, Crepe de chine
Ciri-ciri fabrik sutera:
-Cantik, bercahaya, dan licin
-Berasa halus dan lembut apabila dipegang
-Filamen sutera kelihatan seperti rod kaca di bawah mikroskop
-Mengandungi protein fibroin
Gentian buatan
Gentian buatan mempunyai ciri seperti berikut:
Kukuh tetapi lemah apabila basah
Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik
Tidak selesa dipakai
Penebat haba yang baik
Kenyal dan tidak mudah renyuk
Tahan pada cahaya matahari
Tahan pada asid dan lemah pada alkali
Gentian selulosa terjana semula yang diperoleh daripada campuran bahan mentah, iaitu palpa kayu atau kapas dan dicampurkan dengan bahan kimia.
KAPAS
-Dihasilkan dari buah pokok kapas.
-Kapas merupakan gentian tertua digunakan orang Mesir pada awal tahun 2500 SM.
-Sesuai digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga.
-Contoh fabrik dari gentian kapas:
Tebal: Denim, Drill, Terry
Serdahana: Belacu, Gigham,Poplin
lipis: Muslin, Lawn, Viole
CIRI-CIRI KAPAS
PENYERAPAN LEMBAPAN
-Mudah menyerap lembapan
-Bersifat hidrofilik
-Tiada cas elektrostatik
KETEGUHAN
-Gentian teguh sama ada kering atau basah
KESELESAAN
-Struktur yang nipis dan berpintal membuatkannya selesa dipakai.
-Kandungan lembapan 7%
-Daya penyerapan 21%
KETAHANAN TERHADAP MIKROORGANISMA DAN SERANGGA
-Mudah bertahi lalat jika tidak dikeringkan dengan betul
KEKONDUKSIAN HABA Pengalir haba yang baik6. KEKENYALAN
-Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas
-Mengecut semasa cucian pertama
KETAHANAN TERHADAP SUHU, CAHAYA MATAHARI DAN BAHAN KIMIA
-Tahan pada suhu yang tinggi
-Tahan pada cahaya matahari
LINEN
Gentian paling kukuh dan paling halus.
Selosa pokok fleks-bahan asas untuk fabrik linen.
Ketinggian 1m dan diameter 3mm.
Mengandungi gam dan lilin untuk mengekalkan bentuknya.
Digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga.
Linen nipis (jenis handkerchief linen): Pakaian kanak-kanak, sapu tangan, kemeja.
Linen sederhana tebal (linen damask): Peranggu meja,seluar,jeket,suiting.
Linen tebal (linen untuk sulaman): Artikel dan kain kelengkapan rumahtangga
Contoh fabrik linen: Damask, Linen berat, Linen jarang
CIRI-CIRI LINEN
KESELESAAN
-Sejuk dipakai
KETEGUHAN
-Paling kukuh
-Sel berpoligon
PENYERAPAN LEMBAPAN
-Daya penyerapan baik
-Boleh menyerap 20% air
-Cepat kering kerana terdapat ruang rongga dalam gentian
KEKENYALAN
-Tidak kenyal
-Tidak renyuk
KEKONDUKSIAN HABA
-Pengalir haba yang baik
KETAHANAN TERHADAP SUHU,CAHAYA MATAHARI DAN BAHAN KIMIA
-Tahan pada cahaya matahari
-Tahan pada asid lemah dan alkali
-Boleh tahan pada suhu tinggi
BENANG SAYAT
Ciri-ciri fabrik benang sayat
Rupa yang halus dan keriting.
Berasa gebu, halus, dan beranjal.
Kelihatan seperti sisik kecil yang meliputi gentian apabila dilihat melalui mikroskop.
Tidak menyala, mengeluarkan bau hangus seperti terbakard an meninggalkan manik hitam yang boleh dihancurkan.
Diperoleh daripada bulu haiwan seperti
bulu kambing biri-biri, unta, dan arnab.
Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri
yang licin dan bermutu tinggi.
Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang
bulu yang halus.
FABRIK NILON/POLIAMIDA
Nilon dikenal juga sebagai gentian poliamida.
Nilon diperbuat daripada bahan arang batu, iaitu benzene atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen. Bahan-bahan ini dicampurkan untuk menghasilkan bahan kimia dan dijadikan filamen fabrik nilon.
Ciri-ciri fabrik nilon/poliamida
Halus, nipis, dan kenyal
Kelihatan seperti batang bulat dan licin di bawah mikroskop
Mencair dan mengeluarkan manik-manik putih apabila dibakar dan api akan terpadam dengan sendiri
Sangat kukuh semasa basah atau kering
FABRIK RAYON
Rayon diperbuat daripada selulosa sama ada daripada palpa kayu atau gentian kapas.
Ia lembut serta berkilat.rayon juga dikenali sebagai sutera tiruan.
Selain daripada itu rayon boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rayon asetat dan rayon viskos.
Ciri-ciri Rayon
Rupanya berkilat dan licin
Apabila dipegang ia berasa sejuk, lembut beranjal dan meluncur/sukar dibentuk.
Apabila dipakai ia akan jatuh dengan baik
Klasifikasi Fabrik
-Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik. -Gentian boleh diklasifikasikan kepada gentian asli dan gentian buatan.