Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Terapi Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif - Coggle Diagram
Terapi Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif
Terapi Muzik dan Nyanyian
Definisi
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.
Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Matlamat
memulihkan kekuatan fizikal
menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
Objektif
Tingkatkan penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
Latihan pertuturan
Aktiviti
Membuat pergerakan mengikut lagu
· Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
· Bermain berlatar belakangkan muzik
· Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
· Latihan praktikal guna alat bunyian
Terapi Pergerakan Kreatif
Definisi
aktiviti yang melibatkan pergerakan motor kasar, motor halus dan aktiviti bersosialisasi. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Terapi ini juga melibatkan aspek lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasialatan
Aspek-Aspek
Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah oergerakan yang menyebabkan keseluruhannya badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya, pergerakan lokomotor ialah seperti berjalan, melompat dan merangkak.
Bukan Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. Contohnya, berlari setempat, melompat setempat dan imbangan bangau.
Manipulasi alatan
Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Sebagai contohnya, melantun bola ambil berjalan, memusingkan gelung dengan tangan serta skipping sambil berjalan.
Kepentingan
Meningkatkan kreativiti
Mengasah bakat
meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
meningkatkan kemahiran bertutur
meningkatkan kecerdasan fikiran
Contoh Aktiviti
tarian moden
tarian tradisional
gimrama
pergerakan berkumpulan dan berpasangan