Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prinsip asas moral - Coggle Diagram
Prinsip asas moral
Prinsip Keadilan
-
Melibatkan sesuatu perbuatan yang adil terhadap diri sendri dan orang lain serta melayan semua orang dengan cara yang saksama.
Keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri.
Individu akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun apabila memegang konsep keadilan
dapat mengawal diri daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan apabila memegang prinsip keadilan.
Contoh :pen: :
Artiana telah menjadi ibu kepada dua orang anaknya.Dia sentiasa memberi hadiah atau barang yang terbaik untuk anak bongsunya dan sentiasa memarahi anak sulungnya yang satu lagi.
Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih pandai daripada anak sulungnya. Dia rasa anak sulungnya tidak berguna dan sentiasa memburukkan nama anak sulungnya .Tetapi Artiana memuji anak bongsunya di depan jiran-jirannya.
Dia tidak prihatin terhadap anak sulungnya dan meletakkan kasih sayangnya ke atas anak bongsu sahaja.
Ibu Artiana ini telah melanggar prinsip keadilan di mana melakukan tindakan yang tidak saksama dan perasaan pilih kasih terhadap dua orang anaknya.
Ini akan mendatangkan akibat yang buruk dalam jangka masa yang panjang.
Prinsip Altruisme
“Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain”.
Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain
Contoh :explode:
Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma
RM 90,000.00 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membeli peralatan perubatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU (unit rawatan rapi), peralatan perlindungan diri (PPE).
Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu.
Tanpa apa-apa tujuan untuk menjadi terkenal, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya dengan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.
Individu menuntut kepuasan bukan untuk dlrl sendiri, tetapi untuk orang lain, seperti pengorbanan diri
-
Melakukan sesuatu untuk orang lain, tetapi kita mendapat kepuasan daripada perbuatan in
Prinsip Autonomi
-
Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya.
-
Contoh :warning: :
Selina memilih pergi menyertai kelas belajar bahasa English pada setiap hujung minggu selama 2 jam sehari. Dia memberi perhatian semasa dalam kelas tersebut dan belajar teknik bertutur dengan bersungguh-sungguh.
Dia berbuat demikian bukan kerana paksaan ibu bapa dan bukan mahu menunjukkan diri sangat hebat dengan boleh belajar bahasa lain.
Dia berbuat demikian adalah disebabkan oleh dia minat bahasa English dan menyedarkan bahawa bahasa English sangat penting dalam kehidupan seharian dia .