Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE - Coggle Diagram
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE
maksud
Hukum Wad'ie bermaksud hukum ketentuan di mana Allah SWT. menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya.
syarat
maksud
diertikan mewajibkan sesuatu dan kewajipan untuk
melakukannya, dan perkataan jamaknya adalah as syurut. Dari sudut istilah, syarat boleh ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
contoh
suci daripada hadas kecil dan besar adalah menjadi syarat kepada kesahihan melakukan ibadat solat. Dalam hal ini, kewujudan syarat tersebut dapat menentukan sama ada ibadat yang dimaksudkan menjadi sah atau tidak
-
sebab
-
maksud
Konsep sebab dari segi bahasa, sebab bermaksud tali penghubung atau suatu perkara yang menjadi perantara kepada kewujudan perkara yang lain. Dari segi istilah, sebab ditakrifkan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
contoh
perlakuan zina sebagai sebab kepada kewajipan melaksanakan hukuman hudud,
syarak telah menjadikan waktu gelincirnya matahari sebagai sebab kepada kewajipan mendirikan solat fardu zuhur,
-
mani' (halangan)
ialah suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada kepada kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
pembahagian mani'
mani' kepada hukum
Mani' kepada hukum bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada wujudnya hukum sekalipun sebab yang mendorong hukum berkenaan telah wujud
Sebagai contoh, jumhur ulama menegaskan bahawa hubungan kebapaan boleh menjadi penghalang atau mani' kepada kewajipan melaksanakan hukuman qisas ke atas seorang bapa yang membunuh sekalipun sebab yang mendorong perlaksanaan hukuman tersebut iaitu pembunuhan dilakukan secara sengaja dan dengan motif jahat telah wujud
mani' kepada sebab
kepada sebab pula bermaksud suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan sebab.
Sebagai contoh, hutang adalah mani' kepada
pemilikan nisab yang merupakan sebab kepada kewajipan menunaikan zakat.
-
-
-
-