Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS - Coggle Diagram
BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS
SURAT RASMI
TUJUAN
Sebagai alat komunikasi bertulis yang formal
Sebagai medium yang menggambarkan pendirian atau sikap sesuatu agensi terhadap orang ramai
Sebagai dokumen atau bahan rujukan dalam sesuatu perkara
Sebagai duta organisasi yang membawa mesej sesebuah organisasi tersebut
CIRI-CIRI
Terdapat satu perkara atau tajuk sahaja dalam sesuatu surat rasmi
Mematuhi prinsip penulisan surat rasmi
Bukan bersifat peribadi
Mengikut peraturan-peraturan tertentu
FORMAT
Tajuk
Isi Surat
Tarikh
Penutup Surat
Indentation (Jarak Tepi Permulaan Menulis)
Pengenalan Pengirim dan Penerima
Jarak Perenggan
Rujukan Fail (Pengirim/Penerima)
Jarak Baris
TEKNIK
Sistem Nombor
Untuk perhatian
Perkara atau Tajuk Surat
Alamat dan Poskod
Melalui (jika perlu)
Salinan (jika perlu)
Penulisan Tarikh
Singkatan yang terdiri daripada pendraf, jurutaip dan folder simpanan
Rujukan dan Tarikh
STRUKTUR
Isi Surat
Pengenalan
Penutup
PENGGUNAAN BAHASA
Wacana
Laras Bahasa yang digunakan
Penggunaan Ganti Nama
JENIS-JENIS
Surat Rayuan
Surat Bantahan
Surat Permohonan
Surat Makluman
Surat Arahan
Surat Ucapan (Tahniah/Takziah)
Surat Penghargaan
Surat Perakuan
Surat Jemputan
Surat Cadangan
Surat Pesanan
Surat Perjanjian
Surat Pekeliling
Surat Iringan
CONTOH
DEFINISI
Surat rasmi merupakan alat komunikasi yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individi yang berhubung atau berkomunikasi secara rasmi antara satu sama lain.
MEMO
CIRI-CIRI
Mementingkan isi
Umumnya, memo bertujuan untuk maklman, permintaan, cadangan atau arahan
Ditulis secara ringkas
Berbentuk borang dan berbentuk terbuka
Penggunaan memo dalam organisasi yang sama
Mementingkan keseragaman dalam penggunaan di organisasi
JENIS-JENIS
Memo Rasmi
Memo Tidak Rasmi (Peribadi)
TUJUAN
Menjelaskan prosedur baharu tentang sesuatu perkara
Permohonan sesuatu perkara dalam bahagian di organisasi
Pengumuman sesuatu perubahan dasar organisasi
Memberi nasihat dalam membuat sesuatu keputusan
Penyampaian maklumat dalaman organisasi
Laporan ringaks tentang status atau apa yang sedang berlaku pada ketika itu
CONTOH
DEFINISI
Memo merupakan alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi.
PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO
Penanda Pendapat
Pada pandangan kami, perkara itu boleh ...
Dalam hal ini, kami berpendapat bahawa ...
Pada pendapat saya, cadangan tuan itu boleh dilaksanakan.
Penanda Sambungan
Sebagai lanjutan daripada surat saya yang bertarikh ...
Sebagai susulan daripada pertemuan ...
Merujuk percakapan telefon antara ...
Penanda Sikap
Sikap Negatif
Dukacita dimaklumkan bahawa tuan tidak berjaya dalam temu duga pemilihan calon bagi jawatan tersebut.
Saya memandang berat terhadap kejadian itu.
Kami keberatan menerima cadangan tuan ...
Sikap Positif
Atas kerjasama tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sukacita diberitahu bahawa tuan telah dipilih untuk mewakili jabatan ke majlis tersebut.
Pihak kami mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang pihak tuan berikan.
Penanda Matlamat
Untuk pengetahuan tuan, surat ini bertujuan untuk ...
Untuk makluman tuan, program tersebut diadakan bagi ...
Bagi tujuan tersebut, ...
Penanda Antisipasi
Atas segala kerjasama tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Segala pehatian dan keperihatinan tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Atas kerjasama tuan itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Penanda Perintah
Dengan ini tuan diarahkan ...
Pihak tuan dikehendaki ....
Tuan diminta mengemukakan ...
Penanda Penamat
Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.
Sekian dimaklumkan.
Sekian, terima kasih.
Penanda sebab-musabab
Atas kesilapan yang tidak disengajakan itu, kami ...
Oleh sebab saya hendak pergi ke majlis itu, saya ingin mencadangkan supaya ...
Berhubung dengan perkara tersebut, jabatan ini ...
Penanda Harapan
Besarlah harapan kami ...
Sudilah kiranya tuan ...
Harap dalam penerimaan dan perhatian tuan.
Penanda Makluman
Seperti yang tuan/puan sedia maklum ...
Sukacita dimaklumkan bahawa ...
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...
Dukacita dimaklumkan bahawa ...
Penanda Nasihat
Tuan dinasihatkan supaya hadir ...
Tuan dinasihatkan supaya menjelaskan ...
Tuan diingatkan supaya mematuhi segala ...
Penanda Penyertaan
Dengan ini dilampirkan ...
Saya lampirkan di sini salinan surat ...
Bersama-sama ini saya sertakan ...
Penanda Permohonan
Kami memohon kerjasama tuan untuk ...
Tuan diminta supaya ...
Jasa baik tuan dipohon bagi ...
Penanda Rujukan
Perkara di atas dirujuk.
Menurut laporan yang diterima, ...
Mengikut maklumat yang disampaikan, ...
Sehubungan dengan perkara itu, ...
Berhubung dengan perkara tersebut, ...
Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas, ...
Penanda Penegas
Tuan/puan diwajibkan hadir ...
Tuan dikehendaki menjelaskan ...
Tuan telah didapati ...
Penanda Perwakilan
Bagi pihak jabatan ini, saya ...
Saya bagi pihak majlis ingin ...
Bagi pihak rakan-rakan sejawat, saya ...