Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Orang-orang berpengaruh memeluk Islam - Coggle Diagram
Orang-orang berpengaruh memeluk Islam
SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Lalu baginda terus mengajar Khadijah berwudhuk dan solat.
Mereka solat bersama-sama o Solat yang diajar oleh Jibril ialah solat dua rakaat di waktu pagi dan dua rakaat waktu malam kerana pada waktu itu solat lima waktu belum difardhukan.
Rasululllah pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah
Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya.
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W pulang ke rumah setelah diajar Jibril cara mengerjakan solat.
Setelah memeluk Islam, beliau mengorbankan seluruh hartanya untuk perjuangan Rasulullah.
HAMZAH ASADULLAH
Lalu perbuatan jahat Abu jahal yang memukul Rasulullah dengan seketul batu sehingga luka dan berdarah itu dilihat oleh seorang khadam Abdullah bin Jad’an yang berada di kediamannya di Bukit Safa.
Kemudian, Allah lapangkan dadanya, lalu ia berpegang dengan ikatan yang kukuh, dan orang-orang Islam mendapat kekuatan daripada keIslamannya.
Sebab beliau memeluk Islam adalah kerana Abu jahal yang pada suatu hari bertemu Rasulullah lalu menyakitinya.
Dan peristiwa tersebut sampai kepada Hamzah menyebabkan beliau berasa berang.
Pendapat terbanyak mengatakan beliau memeluk Islam pada bulan Zulhijjah
Hamzah ialah seorang anak muda yang perkasa di kalangan Quraisy serta sangat tegas.
Memeluk Islam pada penghujung tahun keenam kenabian
Kemudian, beliau memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga berdarah.
Digelar Asadullah (singa Allah), bapa saudara Nabi
Islamnya Hamzah pada mulanya ibarat seorang yang tidak tahan melihat tuannya dihina.
UMAR AL-KHATAB
Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai perwatakan yang keras dan tegas.
Dalam dirinya, berkecamuk perasaan yang saling berlawanan, iaitu perasaan menghormati adat resam yang dipelopori oleh nenek moyang serta kelalaiannya mengikut hawa nafsu untuk mabuk dan berhibur yang telah menjadi kebiasaannya.
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang lelaki yang paling engkau suka, sama ada Umar al-Khattab atau Abu Jahal bin Hisham.”
Kata Ibnu Mas’ud ; “Keislaman Umar ialah satu kejayaan untuk orang Islam, penghijrahan beliau ialah satu bantuan untuk kaum muslimin dan perlantikan beliau sebagai khalifah adlah satu rahmat untuk kaum muslimin”
Memeluk Islam pada tahun keenam kenabian, iaitu 3 hari selepas keislaman Hamzah r.a. Sebelum itu, Nabi S.A.W telah berdoa kepada Allah terhadap keislamannya.
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Terkenal sebagai pembesar Quraisy yang tidak pernah minum arak
Mula memeluk Islam selepas mengunjungi seorang tua di negeri Yaman
Sebelum Islam, beliau seorang saudagar yang tersangat kaya dan dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy
Beliau banyak mengorbankan hartanya untuk menegakkan Islam
Merupakan lelaki pertama yang memeluk Islam
UTHMAN BIN AFFAN
Sejak kecil lagi, beliau telah berbudi pekerti mulia dan luhur
Merupakan seorang yang tegas yang hanya akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan
Dengan keislaman beliau, orang Islam mulai berani untuk solat di Masjidil Haram
Beliau menerima Islam melalui dakwah yang disampaikan oleh Abu Bakar
Pengislaman beliau menyebabkan semangat orang kafir luntur
ALI BIN ABI TALIB
Beliau terkenal dengan panggilan karramallahu wajhah kerana tidak pernah menyembah berhala.
Beliau merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk islam
Tidak pernah dikotori dengan keburukan jahiliah
Semalaman itu Ali gelisah dan alunan ayat-ayat suci al-Quran menelosok ke dalam hatinya, lalu memeluk islam tanpa berunding dengan ayahnya, Abu Talib
Sentiasa mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
Ketika berusia 10 tahun, sayidina Ali dikejutkan melihat sepupunya, Muhammad S.A.W bersama isterinya, Khadijah sedang bersujud dan beliau berasa hairan kepada siapa mereka bersujud ?
Merupakan salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijamin Syurga.