Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU - Coggle Diagram
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Bidang Persuratan
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ‘lingua franca’ bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan India.
Penggunaan dalam bidang penulisan :Skrip Sanskrit (pahlawi), Skrip Arab (jawi), Skrip Roman (rumi)
Sastera Rakyat (sastera lisan)
Merupakan satu unsur ‘local genius’ atau kepintaran tempatan yang memperlihatkan kekereatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakat pada zaman pra-literasi.
bukan naratif (bentuk ucapan lisan) : seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa dan seloka. Bentuk ucapan ini kemudiannya akan dirakam dalam bentuk tulisan.
naratif (bentuk sastera lisan) : seperti cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang dan lain-lain.
Sastera Pengaruh Hindu
Di zaman pra-Islam di Alam Melayu.
Epik dan mitos India diserap ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu lama.
Seperti : Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima didasrkan kepada kitab Ramayana dan Mahabharata.
Sastera Pengaruh Islam
Kelahiran kitab-kitab ilmiah yang banyak menggunakan bentuk prosa dan puisi di Acheh dan melahirkan pelbagai genre baru.
Di zaman pemerintahan kerajaan Pasai, hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w., cerita nabi-nabi, dan sejarah seperti Hikayat Raja-raja Pasai.
Bidang Kesenian
Dilihat melalui manifestasi kesenian orang melayu.
Memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun dan untuk mengekalkan nilai-nilai murni tamadun Melayu.
Dipengaruhi oleh kejadian alam semulajadi dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama.
Pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dan Khat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain.
Bidang Sains dan Teknologi
Mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
Contoh kemajuan sains dan teknologi :
Bidang pertanian : Teknologi pembajakan dan sistem saliran air yang digunakan dalam process pengairan pertanian.
Bidang teknologi alam bina : Pembinaan rumah dan masjid, contoh rumah kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid kampung laut.
Teknologi tekstil dan warna : teknologi mencanting batik dan juga tenunan.
Sains ukuran, timbangan dan sukatan
Bidang Pendidikan
Pada awal perkembangan
Pendidikan yang diterima adalah pendidikan tradisional seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
Aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru yang mengorganisasikan sekolah agama
Membina pondok di sekeliling sekolah agama sebagai tempat tinggal.
Sekitar abad ke-19
Sekolah Melayu mula dibuka, sekolah Melayu pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
Ciri-ciri utama ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai ‘3M’ iaitu membaca, menulis dan mengira.
Langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran British melalui jawatankuasa Barnes 1950 (Penyata Barnes) (Samri,2003) – mendapat tentangan dari masyarakat bukan Melayu kerana ia meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Selepas Penyata Barnes ditolak
Jawatankuasa Fenn-Wu, ditubuhkan pada tahun 1951 – tidak mampu memberi kepuasan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum.
Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan untuk mengariskan perkara penting oleh British.
Mendirikan dua jenis sekolah kebangsaan, iaitu menggunakan pengantar Bahasa Melayu dan pengantar Bahasa Inggeris.
Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan tetapi kemudahan akan disediakan untuk mempelajari Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa ketiga.
Bahasa Inggeris akan diajar dari darjah satu di sekolah-sekolah pengantar bahasa Melayu.
Bahasa Melayu diajar pada darjah tiga bagi sekolah pengantar Bahasa Inggeris.
Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan darurat.
Menjelang Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Penyata Razak, diluluskan dalam majlis perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956.
Semua dasar pendidikan selepas 1957 menggunakan dasar yang telah diputuskan dalam Penyata Razak.
Pada tahun 1959
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji Penyata Razak.
Cadangan dikemukakan didalam Penyata Rahman Talib diterima dan digubal serta dinamakan sebagai Akta Pelajaran 1961.
Pada tahun 1974
Sebuah Jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan kebangasaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad ditubuhkan.
Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan pada tahun 1988.