Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE - Coggle Diagram
PEMBAHAGIAN HUKUM WAD'IE
KONSEP
hukum ketentuan di mana Allah SWT. menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani')
Dinamakan hukum wad'ie kerana maksud daripada hukum wad'ie telah menjadikan atau meletakkan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu atau syarat atau penghalang.
Pembahagian Hukum Wad'ie
SEBAB
suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
syarak telah menjadikan waktu gelincirnya matahari sebagai sebab kepada kewajipan mendirikan solat fardu zuhur, perlakuan zina sebagai sebab kepada kewajipan melaksanakan hukuman hudud, penyakit gila sebagai sebab terhalangnya orang gila daripada menguruskan hartanya.
SYARAT
Kewujudannya tidak mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi keatiadaannya (syarat) akan menyebabkan hukum tidak wujud.
Sebagai contoh, suci daripada hadas kecil dan besar adalah menjadi syarat kepada kesahihan melakukan ibadat solat. Dalam hal ini, kewujudan syarat tersebut dapat menentukan sama ada ibadat yang dimaksudkan menjadi sah atau tidak.
-
MANI'
-
contoh: haid menjadi penghalang kepada kewajipan solat dan puak bagi perempuan
najis pada pakaian menjadi penghalang kepada sahnya solat
SAH
suatu keadaan bagi perbuatan yang mana telah dilakukan menepati kehendak syarak.Apabila sesuatu perbuatan dilakukan mengikut segala kehendak dan cara yang ditetapkan oleh syarak, ia dianggap sebagai perbuatan yang sahih dan memberikan kesan syarii.
contoh:tindakan seseorang mukalaf menunaikan solat fardu zuhur dengan mematuhi segala rukun dan syarat yang ditetapkan maka solatnya tadi dianggap sebagai sahih (sah) dan terlepaslah dia dari bebanan menunaikannya.
-
FASID
hukum yang diputuskan ke atas suatu perkara yang mengalami kepincangan pada salah satu daripada ciri atau syarat bagi akad.
kes perkahwinan yang berlangsung tanpa kehadiran saksi yang merupakan syarat sah perkahwinan. Namun demikian, sekalipun perkahwinan ini dianggap sebagai fasad, ia mampu menghasilkan sesetengah kesan syarii sekiranya persetubuhan telah berlaku.
-
-