Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PERBEZAAN INDIVIDU
DAN PEMBELAJARAN
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
FIZIKAL
Endomorf (bertubuh bulat) - Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.
Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) - Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan.
Ektomorf (kurus dan tinggi) - Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.
KOGNITIF
Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi).
Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.
Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient).
PERSONALITI
Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).
Carl Jung membahagikan personaliti kepada 3 iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.
EMOSI
Cara seseorang menzahirkan perasaan sama ada secara sedar ataupun tidak.
Contoh ialah sensitif, marah, gembira, sedih dan suka.
SOSIAL
Tahap pergaulan seseorang individu dengan masyarakat sekelilingnya.
Guru boleh mengetahui pola persahabatan dengan menggunakan simbol-simbol seperti bintang, klik, rantai, pencilan dan singkiran.
KONSEP KECERDASAAN
Istilah “ kecerdasan “ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “ kecerdasan”.
Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998) kecerdasaan bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti kepandaian,kepintaran dan kecerdikan.
TEORI KECERDASAAN
(Triarchic Sternberg)
Menurut beliau, tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.
Beliau menyatakan 3 kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.
TEORI KECERDASAAN PELBAGAI
(Howard Gardner)
Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Beliau mencipta 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Lapan jenis kecerdasaan perkataan, nombor atau logik, gambar, muzik, refleksi kendiri, pengalaman fizikal, pengalaman sosial dan pengalaman dengan alam semulajadi.
TEORI KECERDASAN EMOSI (Goleman)
Menurut Daniel Goleman dalam bukunya, Emotional Intellegence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal.
Jenis-jenis emosi menurut Goleman 1997, marah, sedih, takut , gembira, sayang, hairan, benci dan malu.
Kecerdasan emosi dibahagi 5 unsur iaitu kebolehan memerhati diri, kebolehan mengurus emosi, kebolehan menggalak diri, kebolehan merasai perasaan orang lain dan menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal.