Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PERBEZAAN INDIVIDU
DAN PEMBELAJARAN
GAYA KOGNITIF
KONSEP BERFIKIR
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Menurut Dewey (1910), menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
BERFIKIR MENURUT ISLAM
Berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.
PROSES BERFIKIR
Operasi Kognitif
Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
Operasi Meta kognitif
Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Konvergen
Pemikiran Divergen
Pemikiran Reflektif
Pemikiran Kritis dan Kreatif
GAYA PEMBELAJARAN
KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran.
Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'.
Proses pembelajaran berlaku apabila individu mula berfikir dan mengalami apa juga jenis perubahan hasil daripada pemikiran tersebut.
KONSEP GAYA PEMBELAJARAN
Suatu cara atau stail pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan, cara pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses, memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman baru.
Dunn dan Dunn (1978) dalam buku teaching Students Through Their Individual Learning Styles iaitu cara seseorang individu menumpukan perhatian untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.
GAYA PEMBELAJARAN
DUNN & DUNN
Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar.
Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu persekitaran emosional, sosiologikal dan fizikal.
GAYA PEMBELAJARAN
FIELD DEPENDENCE (FD)
Mempersepsikan secara global.
Mengkategorikan konsep secara umum.
Berorientasikan sosial.
Lebih di pengaruhi oleh kritikan.
Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran.
GAYA PEMBELAJARAN
FIELD INDEPENDENCE (FI)
Mempersepsikan secara analitikal.
Mengkategorikan konsep secara khusus.
Orientasi yang tidak bersifat peribadi.
Kurang dipengaruhi oleh kritikan.
Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri.