Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUKUM WAD'EI - Coggle Diagram
HUKUM WAD'EI
Sah
sesuatu perbuatan yang cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya mengikut perhitungan atau ketetapan syara’ sama ada di dalam aspek peribadatan atau aqad munakahat dan mua’malat.
Sah ibadat menurut ahli fiqh ialah berlakunya ibadah itu dengan cara menggugurkan tuntutan syara’ yang tidak perlu diqada’kan
Contohnya mengerjakan solat dengan berwuduk beserta dengan aturan-aturannya yang tertentu dan dikerjakan di dalam waktunya akan menggugurkan tuntutan qada’.
Sah muamalat atau munakahat ialah harus mengambil manfaat sesuatu harta atau barangan yang sudah dijual-beli dengan ijab dan qabul yang telah diperakui oleh syara’ dan halal jima’ dengan seorang perempuan setelah akad nikah mengikut syarat-syarat yang tertentu.
sebab
Menurut Jumhur Usuliyyin sebab ialah sesuatu yang ada hukum di sisinya. Walau bagaimanapun, hukum tersebut tidak dihasilkan oleh sebab tetapi ada perkara lain yang sesuai (munasabah) bagi hukum ataupun tidak sesuai.
Contoh sebab yang sesuai dengan hukum ialah mabuk (iskar). Mabuk atau iskar adalah menjadi sebab kepada pengharaman arak, kerana ia membawa kepada hilang akal
-
syarat
suatu perkara yang diperlukan kewujudannya untuk sesuatu perkara yang lain dan ia tidak termasuk dari sebahagian sesuatu yang lain itu.
Umpamanya wudu’, masuk waktu solat dan mengadap kiblat; semuanya itu adalah syarat untuk solat sedangkan ia adalah diluar dari sembahyang itu.
Begitu juga dengan kehadiran saksi perkahwinan. Kehadiran dua orang saksi dalam akad perkahwinan adalah menjadi syarat sah perkahwinan itu sedangkan ia adalah diluar perkahwinan tersebut.
Mani'
sesuatu perkara yang menegah seseorang melakukan sesuatu perbuatan dan jika sekiranya perkara yang menegahkan itu ada, maka tidaklah boleh dilakukan sesuatu perbuatan itu atau dengan lebih ringkas wujudnya sesuatu menyebabkan ketiadaan hukum.
Contohnya ialah perempuan yang kedatangan haid atau nifas menegahkannya sah solat disebabkan adanya haid dan nifas tersebut.
batal
sesuatu perbuatan yang merupakan ibadat atau aqad yang tidak lulus dari segi hukum syara’ atau sesuatu perbuatan yang tidak cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya mengikut perhitungan atau ketetapan syara’ sama ada di dalam peribadatan atau aqad munakahat dan muamalat.
Sebagai contoh batal pada peribadatan ialah mengerjakan solat tanpa wuduk atau tidak mengikut peraturan.