Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembahagian hukum wad’ie, intan nur qamarina, aktiviti PIMK3083 8 FEB 2021…
Pembahagian hukum wad’ie
TAKRIF:
Hukum Wad'ie bermaksud hukum ketentuan di mana Allah SWT. menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan (mani') daripadanya. Ketiga-tiga perkara ini iaitu sebab, syarat mahupun mani' dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh menerusi perkaitan yang dibina di antara dua perkara iaitu di antara sebab dan perkara yang disebabkan olehnya (musabbab), syarat dan perkara yang disyaratkan dengannya serta mani' dan perkara yang telah dihalang dengan kewujudannya.
Sebab:
dari segi bahasa, sebab bermaksud tali penghubung atau suatu perkara yang menjadi perantara kepada kewujudan perkara yang lain.
Dari segi istilah, sebab ditakrifkan sebagai suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai elemen yang menjadi penyebab kepada kewujudan hukum syarak.
-
Syarat
sudut bahasa, syarat boleh diertikan mewajibkan sesuatu dan kewajipan untuk
melakukannya, dan perkataan jamaknya adalah as syurut.
sudut istilah, syarat
boleh ditakrifkan sebagai suatu ciri yang jelas lagi konsisten yang mana kewujudannya tidak
mewajibkan wujudnya sesuatu hukum tetapi ketiadaannya (syarat) akan menyebabkan
hukum tidak wujud.
-
Mani’ (halangan)
Mani' ialah suatu perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai halangan sama ada kepada
kewujudan hukum atau kewujudan sebab.
-
-
intan nur qamarina, aktiviti PIMK3083 8 FEB 2021