Pendidikan adalah sesuatu aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, inelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri, masyarakat, bangsa dan negaranya.