Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS - Coggle Diagram
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
KONSEP
Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Menurut ahli-ahli behavioris, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal & diramal.
Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru.
TEORI PELAZIMAN KLASIK (PAVLOV)
Ransangan
Neutral
Semulajadi
Terlazim
Gerak balas
Semulajadi
Terlazim
Bimbing pelajar menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan.
Bimbing pelajar menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi, misalnya mengenal pasti ciri-ciri khusus segiempat selari dan rombas.
TEORI PELAZIMAN OPERAN
(THORNDIKE)
merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dengan gerakbalas.
Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan.
Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat/cuba-jaya
Mengikut Thorndike, perhubungan ini yang dapat berlaku adalah berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan
Dengan ini, Thorndike berjaya membentuk 3 hukum pembelajaran, iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan
TEORI PELAZIMAN OPERAN
(SKINNER)
pelopor kajian pelaziman operan.
Mengikut perhatian Skinner, masih terdapat banyak tingkah laku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ia berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.
Skinner berpendapat pula tingkah laku individu juga mempunyai ciri motivasinya (iaitu individu dapat mengawal tingkah laku dirinya), dan cara pembelajaran juga boleh berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya.
Untuk membuktikan hipotesisnya, Skinner telah merekabentuk sebuah kotak yang dikenali sebagai Kotak Skinner (Skinner Box) untuk kajiannya.