Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI KOGNITIF KOHLER - Coggle Diagram
TEORI KOGNITIF KOHLER
KOGNITIF
proses pemikiran dalaman dan tidak dapat dilihat
Prinsip Utama Kognitif
Pembelajaran ialah proses penyelesaian masalah yang melibatkan proses pemikiran yang aktif.
Proses Mental yang Aktif dalam Teori Kognitif
Menyimpan
Mengingat
Mengumpul
Menggunakan ilmu/maklumat
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP P&P
Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan untuk mengalakkan pemikiran celik akal di kalangan murid-muridnya
Guru perlu peka terhadap mod pembelajaran murid yang berbeza
Murid perlu diberi peluang untuk "menemui" perhubungan (penemuan kendiri)
Murid perlu dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yang selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang Kohler (1887-1967)
-Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi haiwan terhadap penyelesaian yang sesuai,
-Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata
-Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa
Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi dengan cara yang agak mendadak, iaitu apabila kita kurang memikirkan mengenai masalah tersebut
Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara
Kajian Kohler(1925)
Kohler telah menggunakan cimpanzi dalam sangkar untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi
APLIKASI TEORI DALAM BILIK DARJAH
Guru membimbing pelajar menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi
CONTOH
: :star:Semasa guru hendak mengajar karangan bergambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perlu didedahkan pertalian antara satu gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapat hubungkaitkan penerangan tentang gambar-gambar tersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dan secara tidak langsung pelajar dapat menghasilkan satu karangan yang lengkap dengan menggunakan akal celiknya.
Ciri-ciri pembelajaran celik akal
murid-murid mesti diajar untuk melihat unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan dalam persekitarannya
murid-murid mesti diajar tentang alternatif-alternatif lain dalam sesuatu penyelesaian masalah
penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba
pengalaman lalu murid-murid menolong mereka dalam proses penyelesaian masalah