Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SOLAT DARI PERSPEKTIF KEPIMPINAN - Coggle Diagram
SOLAT DARI PERSPEKTIF KEPIMPINAN
Solat mendisiplinkan diri
Solat mampu melahirkan individu yang berdisiplin dalam pelbagai aspek terutamanya dalam menepati waktu
Solat mendidik untuk taat kepada pemimpin
Ketika solat, kita dilatih untuk mematuhi setiap suruhan bagi menghindari kemurkaan Allah.
Kita juga mesti mematuhi suruhan Allah yang lain seperti menutup aurat, mengeluarkan zakat, menjaga pandangan dan lain-lain
Secara tidak langsung, apabila solat, kita dilatih untuk mentaati pemimpin dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, mematuhi undang-undang dan menghormati ketua.
Solat berjemaah
Solat berjemaah dapat melatih sikap kepimpinan dengan seseorang itu menjadi imam kepada jemaahnya.
Imam bertanggungjawab terhadap makmumnya dan perlu mengambil tahu keadaan makmumnya sebelum memulakan solat.
Sebelum memulakan solat, imam mesti menyuruh makmum untuk merapatkan saf bagi memupuk nilai kesatuan dan mengelakkan perbezaan darjat, hak dan taraf
Ketika imam melakukan kesalahan, maka makmum perlu mengingatkannya secara tidak langsung,perkara tersebut mengajar kita bahawa pemimpin harus menerima teguran daripada orang yang dipimpinnya dengan berlapang dada.
Solat ini juga dapat mengeratkan tali persaudaraan sekali gus mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dan orang yang dipimpin.
Solat melatih sikap sabar dan ikhlas
Apabila hendak solat, kita perlu membersihkan hati dan jiwa supaya dapat menjalankan ibadah solat dengan tenang.
Apabila ditimpa ujian, pemimpin akan lebih bersikap tenang dan dapat mengatasi ujian tersebut dengan baik.
Pemimpin lebih tekun dan teliti
Untuk mendapatkan khusyuk , kita perlu menghayati setiap makna bacaan yang dibaca ketika solat supaya kita dapat menjadi umat Islam yang berkualiti.
Kita juga mesti melakukan solat dengan mengikut rukun solat yang betul dan tertib supaya dapat membentuk diri berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Kita mesti mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan solat bagi memupuk sikap disiplin dalam diri.