Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah 1: Setiap perkara dinilai berdasarkan niat - Coggle Diagram
Kaedah 1: Setiap perkara dinilai berdasarkan niat
maksud
al Umur: iaitu lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seorang manusia samada melakukan atau meninggalkan. Ia juga meliputi perbuatan, kata-kata atau niat.
Dalil
Dari Ahmad Mukminin, Abi Hafs Umar bin al-Khattab RA dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada (kepada keredhaan) Allah dan Rasulnya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak dii dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
contoh situasi
seseorang memberi sejumlah wang kepada orang lain. jika dia bermaksud wang itu sebagai zakat, ia dianggap sebagai wajib baginya dan orang yang menerimanya tidak perlu mengemalikan wang itu kepadanya. begitu juga jika ia memberikannya sebagai hibah atau sadaqah, yang dianggap sangat digalakkan. jika dia memberi pinjama, orang yang mengambilnya mesti mengembalikan jumlah yang sama yaang diambilnya pada masa akan datang.
Perbezaan antara niat dan nazar
Nazar merupakan perkara yang wajib ditunaikan, sedangkan niat pula perkara yang mengesahkan sesuatu amal itu. sesuatu perkataan itu menjadi nazar jika digunakan perkataan, wallahi, wabillahi, wa tallahi.
Kaedah terbitan
النية في اليمين تخصص اللفظ العام ولا الخاص
maksud: niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang am dan tidak mengumumkan lafaz khas
huraian: niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, ia boleh mengikatkan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, ia boleh mengikatkan atau memuqayyadkan perkataan atau lafaz mutlak, serta boleh menjelaskan dan menerangkan lafaz dan perkataan mujmal
مقاصد اللفظ على اللافظ
maksud: sesuatu lafaz atau ucapan itu berdasarkan niat orang yang mengucapkannya
huraian: kaedah ini diberi pengecualian pada satu tempat atau keadaan sahaja, iaitu di hadapan hakim atau qadi. Ini kerana sumpah di hadapan hakim adalah hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah
ما يشترط فيها التعيين فالخطا فيه مبطل
Maksud: apa yang disyaratkan supaya menyatakan dalam niat, seandainya silap dalam pernyataan atau penentuan, terbatal
Huraian: Iaitu suatu amalan yang mana dalam perlaksanaannya disyaratkan menjelaskan niat, jika berlaku kesilapan dalam penjelasan menyebabkan terbatal atau tidak sah
العبرة في العقود للمقا صد والمعاني لا للافاظ والمعاني
maksud: apa yang dikira dalam akad atau perjanjain ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan
huraian: iaitu yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja
عدم اشتراط النية في عبادة لا تكون عادة أو لا تلبيس
tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadat bukan jenis adat atau ia tidak ada kesamaran dengan yang lain