Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DAKWAH KE TAIF, KHAMIS, 18 FEB 2021
Sharifah Nur Fatihah, Nurul…
DAKWAH KE TAIF
PERJALANAN
- Nabi ke sana berharap dapat sambutan, tetapi penduduk Taif menentang dakwah Baginda sejak hari pertama lagi dengan membaling batu. Bahkan para pembesar Taif juga menolak Baginda dan seruannya kepada Islam
- Penderitaan Rasulullah diperhati oleh Uthbah bin Rabi'ah & Syaibah bin Rabi'ah. Mereka berasa kasihan terhadap Nabi lalu mereka meminta seorang hamba, iaitu Addas untuk memberi anggur kepada Nabi SAW.
- Rasululllah SAW bersama Zaid bin Harithah mula berdakwah ke Taif kerana ia berkedudukan hampir dengan Kota Mekah & Kota Tsaqif merupakan kota yang pesat membangun di Taif.
- Baginda SAW telah membuat keputusan untuk menuju ke Taif untuk mengembangkan ajaran Islam kepada penduduk di sana selepas wafatnya Abu Talib dan Saidatina Khadijah.
- Gangguan kaum Quraisy kepada Baginda SAW yang semakin membesar membuatkan Baginda mengambil keputusan untuk keluar dari Mekah dan berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwahnya.
- Addas yang beragama Nasrani memerhati Rasulullah membaca bismillah sebelum memakannya, Addas lalu tertarik dengan Islam kerana tiada sesiapapun di kalangan kaumnya mengucapkan perkataan itu.
- Sehinggalah pada hari ke-10, penduduk Taif berhimpun dan semuanya membaling batu dan kayu ke arah Nabi SAW dan Zaid sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka.
- Allah SWT menghantar dua malaikat penjaga bukit dan gunung untuk Nabi SAW perintahkan melakukan apa sahaja yang Baginda mahu ke atas penduduk Taif, iaitu melenyapkan seluruh penduduk Taif. Namun, Baginda SAW tetap bersabar dan tidak mahu berbuat demikian.
7.Bahkan, baginda berdoa kepada Allah SWT supaya generasi seterusnya yang lahir di bumi Taif menjadi orang beriman dan tidak mensyirikkan Allah SWT.
IKTIBAR
Pergerakan dakwah memerlukan strategi. Dalam peristiwa ini, strategi Rasulullah ialah menemui pembesar Bani Thaqif di Taif terlebih dahulu sebelum menemui penduduk untuk menyampaikan hasrat dakwah, namun diperlekehkan malah diusir dan kemudiaanya diancam oleh penduduk Taif.
Sentiasa membalas kejahatan dengan kebaikan. Besarnya jiwa seorang pendakwah apabila mampu memaafkan kesalahan orang lain.
Nabi SAW tidak berputus asa dalam menghadapi penolakan orang terhadap dakwah Islam, menunjukkan kekentalan tekad dalam jiwanya untuk sebarkan Islam.
Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana mungkin mereka akan berubah ke arah kebaikan.
Sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Rasulullah tidak sekali-kali meninggalkan Tuhan. Oleh itu, selepas mengerahkan segala usaha dengan sempurna kita hendaklah menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku
Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman
Berdoa setelah melakukan sesuatu bukan tanda telah berputus asa, tetapi sebenarnya sebagai satu cara untuk mengadu dan memohon bantuan kepada Allah.
KHAMIS, 18 FEB 2021
- Sharifah Nur Fatihah, Nurul Batrisyia, Nur Awatiff & Nur Farhah (PI 3)