Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN - Coggle Diagram
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN
KONSEP ASAS ASPIRASI
Aspirasi sistem pendidkan ialah hasrat melaksanakan perubahan terhadap sistem pendidikan semasa untuk kemenjadian murid.
:
Kepentingan aspirasi sistem pendidikan
Pencetus kreativiti dan inovasi
Meningkatkan kualiti hidup dan penyumbang kepada pembangunan negara
Penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi
Asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
EKUITI: 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.
PERPADUAN: Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
KUALITI : Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISAdalam tempoh 15tahun.
KECEKAPAN: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
AKSES: 100% Enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah sehingga menengah atas menjelang tahun 2020
KUALITI STANDARD ANTARABANGSA
• TIMSS merujuk kepada Trends in Matematics dan Science study. Sample kajian TIMSS melibatkan pelajar Tingkatan 2 (Gred 8)
• Sample kajian PISA melibatkan pelajar tingkatan 3 (15 tahun)
TIMSS dan PISA hanya melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang dipilih secara rawak termasuk pelajar paling cemerlang dan pelajar paling corot
Ujian TIMSS dan PISA dijalankan empat tahun sekali mata pelajaran Sains, Matematik dan pengetahuan am pembacaan. Kajian ini dijalankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)
PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuah organisasi di bawah NCES dan berpusat di uS.
• Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA)
Pentaksiran terhadap kualiti pendidikan memberikan tumpuan kepada dimensi intelektual dan aspek lain seperti perkembangan rohani, emosi dan jasmani seseorang murid yang akan memberi kesan kepada pendidikan.
Ekuiti Untuk Semua Murid
• Memastikan setiap murid yang pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka
Sistem pendidikan juga akan menyediakan laluan alternatif lain kepada pelajar seperti pendidikan konvesional untuk memberi peluang kepada pelajar yang cenderung kepada kemahiran.
Memastikan sistem pendidikan pada tahap yang terbaik bagi setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi dan merapatkan jurang antara mereka supaya sistem pendidikan yang lebih saksama dapat dihasilkan
Secara tidak langsung, murid bukan sahaja menguasai ilmu akademik bahkan turut menguasai pelbagai kemahiran yang boleh diaplikasikan untuk kehidupan seharian.
Pelbagai program dan aktiviti yang lebih disediakan untuk murid berkeperluan khas, kumpulan peribumi dan minoriti lain serta murid pintar bagi membolehkan mereka mencapai potensi penuh masing-masing.
Lebih banyak tugasan yang dilakukan secara berkumpulan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid
Menciptakan dan menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik.
Mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian mereka .
Perpaduan ialah komponen penting dalam konteks sosial Malaysia yang unik dan menjadi faktor utama dalam merealisasikan masyarakat yang seimbang dan harmoni.
Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.