Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aktiviti 1: Penyakit-penyakit - Coggle Diagram
Aktiviti 1: Penyakit-penyakit
Penyakit kulit
Punca-punca
Penyakit kulit karena peradangan
Kondisi ini terjadi ketika kulit bersentuhan dengan bahan yang bersifat iritatif atau dengan alergen
Penyakit kulit karena kelainan autoimun
Terjadi ketika sistem kekebalan tubuh menyerang dan menghancurkan jaringan tubuh yang sehat.
Penyakit kulit karena infeksi
Infeksi bakteria
menyebabkan bisul, impetigo, kusta, folikulitis (infeksi pada kelenjar rambut), dan selulitis.
Infeksi virus menyebabkan
Cacar, herpes zoster atau cacar ular, kutil, molluscum contagiosum, dan campak.
Infeksi Jamur biasanya menyerang bagian kulit yang sering lembap. Macam-macam penyakit kulit karena infeksi jamur adalah kurap, tinea cruris (infeksi jamur di selangkangan), panu, dan kutu air (infeksi jamur pada kaki).
Infeksi parasit
Parasit, seperti kutu dan tungau, merupakan jenis parasit yang sering menimbulkan penyakit kulit, yaitu kudis. Selain kedua jenis parasit tersebut, infeksi cacing juga bisa menimbulkan penyakit kulit.
Pencegahan
Kortikosteroid
Ubat ini digunakan untuk mengurangi respon daya tahan tubuh yang terlalu aktif. Ia digunakan untuk mengubati penyakit kulit akibat peradangan, seperti dermatitis atau gangguan autoimun.
Antibiotik diberikan untuk mengatasi penyakit kulit akibat infeksi bakteria. Konsumsi antibiotik harus berdasarkan perkripsi doktor dan harus dihabiskan.
Obat antivirus
Pemberian obat antivirus bertujuan untuk mengurangi gejala dan membasmi virus penyebab penyakit kulit.
Tekan untuk sumber rujukan
Penyakit bawaan air dan makanan
Jenis
Demam Kepialu (Typhoid)
Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman kepialu (Salmonella typhi) manakala demam paratifoid pula disebabkan oleh kuman Salmonella paratyphi.
Taun (Cholera)
disebabkan oleh jangkitan bakteria vibrio cholera yang mempunyai gejala awal cirit-birit tanpa sakit, loya dan muntah.
biasanya mempunyai kaitan dengan sanitasi persekitaran, tahap kebersihan premis makanan, kebersihan diri dan bekalan air minum yang kurang memuaskan.
Disenteri (Dysentry)/ cirit birit berdarah
Ianya boleh disebabkan oleh bakteria atau protozoa antaranya seperti Shigella sp.
Hepatitis A
Cara jangkitan utamanya ialah melalui makanan dan air. Ianya juga boleh berlaku melalui pemindahan darah daripada penderma yang dijangkiti HAV.
Keracunan Makanan (Food Poisoning)
berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ia termasuk keracunan makanan dan jangkitan bawaan makanan (foodborne intoxication).
Pencegahan
Minum air yang telah dimasak
Sediakan makanan di tempat yang tinggi dan bersih
Makan makanan yang baru dimasak
Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat
Bina dan gunakan tandas yang sempurna dan bersih
Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
Lupuskan sampah dan bersihkan kawasan rumah dengan sempurna supaya lalat, lipas dan tikus tidak membiak
Tekan untuk sumber rujukan
Penyakit jangkitan seks
Jenis & Pencegahan
Gonorrhoea
Jangkitan seksual oleh bakteria yang menjejaskan serviks, uretra, tekak dan rektum.
Ia boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis dan kemandulan pada wanita dan keradangan teruk saluran kencing pada lelaki. Sekiranya ibu dijangkiti ketika bersalin, penyakit gonorrhoea boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan buta.
boleh dirawat dengan antibiotik, namun, komplikasi jangka panjang mungkin telah berlaku.
Hepatitis B
sejenis jangkitan virus yang menjejaskan hati. Ia boleh menyebabkan kanser dan juga kematian.
Ia disebarkan melalui seks, dan juga cecair badan seperti darah.
boleh dicegah dengan mendapatkan suntikan vaksin Hepatitis B. Ia selamat dan berkesan. Vaksin Hepatitis B diberi untuk semua bayi semasa kelahiran, kanak-kanak sehingga 18 tahun dan orang dewasa yang berisiko tinggi disebabkan pekerjaan mereka.
Sifilis
dijangkiti melalui hubungan langsung dengan pesakit sifilis semasa seks vagina, dubur, atau oral. Ia biasanya bermula sebagai ulser yang tidak menyakitkan pada alat kelamin . Tanpa rawatan, jangkitan sifilis boleh merebak ke bahagian-bahagian lain.
Sifilis boleh dirawat dengan antibiotik apabila dikesan pada peringkat awal.
Ketuat Alat Kelamin
ketumbuhan kecil pada kulit di sekitar alat kelamin dan anus. Ia disebabkan oleh beberapa jenis virus yang dikenali sebagai human papilloma virus (HPV). HPV boleh merebak melalui hubungan seksual dan juga dengan sentuhan - maka kondom tidak memberikan perlindungan 100%.
Sesetengah jenis HPV menyebabkan kanser serviks. Suntikan vaksin melindungi seseorang daripada beberapa jenis penyebab kanser yang biasa. Walau bagaimanapun, vaksin itu tidak melindungi daripada semua jenis HPV.
Chlamydia
Jangkitan seksual yang disebabkan oleh bakteria.
Kadangkala ia menyebabkan discaj yang luar biasa, pendarahan atau kesakitan semasa membuang air kencing. Bagi lelaki, kesakitan testis kadang-kadang berlaku.
Chlamydia boleh menyebabkan masalah pada organ-organ pembiakan dan menyebabkan kemandulan atau ketidaksuburan. Ia boleh dirawat dengan antibiotik, namun, komplikasi jangka panjang mungkin telah berlaku.
Herpes
Jangkitan virus yang disebabkan oleh Herpes Simplex Virus (HSV). Herpes menyebabkan berlakunya letusan kudis pada alat kelamin dan kawasan sekitarnya.
HIV/AIDS
Virus yang memusnahkan sel-sel darah putih (sistem imunisasi badan kita). HIV boleh mengakibatkan kesan yang buruk apabila seseorang itu terdedah kepada jangkitan dan penyakit biasa.
AIDS adalah akibat dan tahap akhir jangkitan HIV. Bukan semua orang yang dijangkiti HIV akan mendapat AIDS.
HIV boleh tersebar melalui
Cecair badan (air mani dan darah)
Melalui hubungan seks tanpa perlindungan
Berkongsi jarum (contohnya pengguna dadah secara intravena)
Menerima transfusi darah tercemar
Dari ibu kepada anak semasa mengandung
Menggunakan instrumen yang tidak steril (contoh: alat tatu, penindik badan)
Walaupun tidak ada penawar untuk HIV atau AIDS, penyakit ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan tertentu. Mengambil ubat memanjangkan jangka hayat individu yang dijangkiti. Ubat-ubatan ini mesti diambil setiap hari.
Penyakit cegahan vaksin
Jenis
Tuberculosis(TB) adalah sejenis bakteria yang merosakkan organ peparu. Ia juga mampu bergerak di dalam darah dan membawa jangkitan di otak dan kulit.
Polio, atau poliomyelitis, adalah penyakit yang menjangkiti otak dan saraf tunjang. Seseorang yang dijangkiti mungkin lumpuh. Ia membunuh kerana boleh menyebabkan otot-otot pernafasan berhenti berfungsi.
Haemophilus Influenzae B (Hib) merebak melalui udara. Bakteria ini sangat berbahaya kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan Hib menyebabkan sesak nafas kerana proses radang di tekak. Ia juga menyebabkan pneumonia.
Tetanus adalah jangkitan yang dibawa oleh bakteria Clostrium tetani. Bakteria ini membiak di tanah dan permukaan yang kotor. Bakteria ini menyerang sistem saraf. Jangkitan yang teruk boleh membawa kepada kekejangan otot dan masalah bernafas.
Pencegahan
Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Tekan untuk sumber rujukan