Apabila baginda berniaga, baginda mempunyai amanah yang perlu dipegang sewaktu berjual beli, sama ada dalam bentuk kewangan, pengurusan masa dan sebagainya, begitu juga apabila berdakwah, baginda akan melatih diri untuk bersikap jujur dan amanah sepanjang melaksanakan dakwah dengan beranggapan bahawa dakwah sebagai rasul itu merupakan sesuatu perkara yang diperintah oleh Alah terhadap baginda, maka dengan itu, baginda akna cuba sedaya upaya untuk memegang amanah itu sebaik mungkin