Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG - Coggle Diagram
PERLUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG
Kedudukan Strategik Pulau Pinang Memenuhi Keperluan British
Pusat Pengumpulan Barang
-British memerlukan barangan dari China terutama teh yang mendapat pasaran baik di Eropah.
-China tidak memerlukan barangan British, sebaliknya mahukan emas, perak, bijih timah dan rempas-ratus sebagai tukaran.
-British memerlukan pusat untuk mengumpulkan barangan tersebut yang boleh diperoleh di Alam Melayu untuk ditukarkan dengan teh dari China.
Pelabuhan Persinggahan
-British memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan di antara India dan China.
-Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.
-Tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
Pangkalan Tentera
-Pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat india, iaitu di Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai timur India, iaitu di Madras.
-British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategi untuk mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentara Perancis dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu.
Kedudukan Pulau Pinang di pertengahan laluan perdagangan di antara Timur dan Barat dapat memenuhi keperluan perdagangan dan keselamatan British di Alam Melayu. Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang, pelabuhan persinggahan dan pangkalan tentera.
Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang
Pada abad ke-18, Kesultanan Kedah tergugut kerana wujud persengketaan dalam negeri dan ancaman kuasa asing. Sultan Kedah berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada British untuk mempertahankan kedaulatan negeri. Namun begitu, pihak British mengambil kesempatan daripada masalah yang dihadapi oleh kesultanan Kedah dengan melakukan tipu helah begi menduduki Pulau Pinang.
Ancaman Siam
-Sultan Kedah berasa tergugat lalu memohon bantuan SHTI. Baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI dengan syarat mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
-Baginda meminta Francis Light, iaitu pedagang persendirian untuk menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India.
-Semasa pemerintahan Sultan Abdullah (1710-1778), Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada kerajaan Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma.
Perebutan Takhta Kesultanan Kedah
-Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohon bantuan ketenteraan daripada SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis.
-SHTI menghantar Edward Monekton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. Rundingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh.
-Krisis perebutan takhta berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa(1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang
-Sultan Abdullah yang berpegang pada janji tersebut menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan daripada SHTI berhubung dengan syarat yang ditawarkan oleh baginda.
-Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island. Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown bersempena dengan nama Raja England.
-Francis Light yang menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang dipohon oleh baginda Sultan Kedah.
Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian
Angkatan perang Kesultanan Kedah dapat ditewaskan oleh Francis Light dengan bantuan tentera SHTI.
Sultan Abdullah dipaksa menadatangi perjanjian dengan British pada tahun 1791.
Setelah menyedari tertipu dengan muslihat Francis Light, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang di Sebarang Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang
Perjanjian ini secara rasmi mengiktirafkan pendudukan British di Pulau Pinang.
Perjanjian ini membolehkan British menduduki Sebarang Perai. Pendudukan ini penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.
Pada tahun 1800, George Letih, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1840) menandatangani perjanjian dengan British.
Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light.
SHTI enggan memberikan bantuan kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah.
Pada tahun 1786, Siam menakluk Patani dan mengamcam Kesultanan Kedah.
Pendudukan Francis Light di Pulau Pinangf menandakan bermulanya kemasukan kuasa British ke negeri Melayu. Sejak itu, Pulau Pinang terpisah daripada Kesultanan Kedah dan mencipta identiti sebagai tanah jajahan British. Kesungguhan Kesultanan Kedah mempertahankan hak yang diambil tanpa restu wajar dihargai. Peristiwa ini memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan mengamalkan sifat berwaspada dalam membuat sebarang keputusan.
Kepentingan British di Asia dan Pasifik
-Pada tahun 1770, British berjaya menduduki Australia. Melalui pendudukan di Pulau Pinang, British dapat mengukuhkan kedudukan mereka di Australia.
-Pada abad ke-18, British kehilangan Amerika sebagai tanah jajahan. Oleh itu, British berusaha mengukuhkan laluan perdagangan ke China dan berusaha meneroka petempatan di kawasan Asia pasifik
-Kedua-dua wilayah tersebut penting untuk mendapatkan kelebihan bersaing dengan kuasa Barat lain, terutama Perancis.