PEMBUBARAN PERKAHWINAN (TALAQ) 🔓
PENGERTIAN
Bahasa
al-irsalu wa al taraku- melepaskan dan meninggalkan
Syarak
melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan jelas atau kinayah (sindiran)
JENIS-JENIS TALAQ
Talaq Ba'in
Talaq Raj'i
Suami masih mempunyai hak untuk merujuk kembali isteri selama dalam masa iddah dan tanpa akad nikah
Talaq ba'in sughra
Talaq yang jatuh serta-merta pada masa lafaz talaq dilafazkan.
Semua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talaq
Perlu mas kahwin yang baharu
Talaq ba'in kubra
talaq tiga yang dilafazkan suami yang menyebabkan perhubungan suami isteri terputus selepas dijatuhkan.
Suami tidak boleh merujuk bekas isterinya melainkan isterinya berkahwin dengan lelaki lain, bersetubuh dengan suami baru dan menceraikannya
si suami boleh berkahwin dengan bekas isterinya selepas tamat tempoh iddah
Lafaz Talaq
Lafaz Sharih (nyata, tegas)
Kinayah (Kiasan)
Dalil-dalil berkaitan dengan Talaq
Surah Al Baqarah Ayat 229
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
Surah At-Talaaq Ayat 1
Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).