KESELAMATAN AM
KESELAMATAN DIRI SENDIRI
PERTOLONGAN CEMAS
BAHAYA ELEKTRIK
KESELAMATAN PERALATAN
BAHAYA KEBAKARAN
PUNCA-PUNCA KEMALANGAN
sebab berlaku
langkah keselamatan semasa di bengkel
membina tabiat kerja yang baik
- mematikan suis apabila tidak digunakan
fungsi peralatan
contoh bahaya
langkah keselamatan
punca kebakaran
langkah penggunaan bahan terbakar
kaedah memadam api
membunyikan siren kebakaran terlebih dahulu
kotak pertolongan cemas
rawatan kecederan ringan
menolong mangsa renjatan elektrik
contoh kemalangan
Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia
Sikap tidak bertanggungjawab.
Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya, mengemburkan udara termampat ke arah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata.
Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok di tempat tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.
Kemalangan yang berpunca daripada peralatan mesin dan juga keadaan kerja
Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh kehilangan pancaindera.
Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan di bahagian kepala.
Pastikan setiap penggunaan bahan elektrik dilengkapi dengan kabel pembumian dan penebatan
Pastikan alat pelindung atau peranti pelindung digunakan.
Pastikan alatan elektrik yang hendak digunakan dalam keadaan sempurna.
- Dresing steril - beberapa saiz.
- Plaster - beberapa saiz.
- Bendej tiga segi ( kain anduh )
- Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
- Larutan Flavin ( Iodin)
- Larutan atau krim antiseptik
- Gunting keci
- Bersihkan luka dengan antiseptik.
- Sapukan dengan iodin.
- Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster
Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.
Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik
Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi.
Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR .
Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.
Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa
Bahan mudah terbakar.iaitu, miyak ptrol, cat dan alkohol
Kecuaian pengguna yang tidak patuhi peraturan di tempat kerja.
Berlaku litar pintas disebabkan kerosak pendawaian, peralatan dan mesin
melecur
renjatan elektrik
terluka
air
buih
serbuk kering
carbon dioksida
bahan kimia basah
Kelas A – Kebakaran bahan pepejal atau organik, seperti kayu, plastik, kertas, tekstil, atau arang batu
Kelas B – Kebakaran cecair mudah terbakar, seperti petrol, cat, atau diesel.
Kelas C – Kebakaran gas mudah terbakar, seperti propana, butana, atau metana.
Kelas D – Kebakaran logam mudah terbakar, seperti magnesium, litium, natrium, kalium, titanium, atau aluminium.
Kelas E – Kebakaran peralatan elektrik dan sumber elektrik (litar pintas)
Kelas F / Kelas K – Kebakaran minyak masak, seperti minyak sayuran, minyak bunga matahari, minyak zaitun, minyak jagung, lemak, atau mentega.
Ia merupakan model yang mengeluarkan air pada tekanan tinggi untuk memadamkan api. Air memberikan kesan penyejukan yang cepat pada permukaan bahan api, serta mampu menghalang api merebak dengan lebih pantas
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘water‘ berwarna putih.
Sesuai untuk: Kelas A
Alat pemadam kebakaran jenis bahan kimia basah ini boleh digunakan untuk memadamkan api yang bersuhu tinggi. Ia mampu menyejukkan minyak yang terbakar itu dan menjadikannya seperti sabun atau gel untuk menghalang api dari menyala semula.
Warna: Merah dan memiliki perkataan ‘wet chemical‘ yang tertera di dalam kotak berwarna kuning.
Sesuai untuk: Kelas F.
Alat pemadam api buih merupakan model yang berasaskan air tetapi hanya mengeluarkan buih dan menghasilkan wap air untuk menghalang api dari terus merebak.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘foam‘ di atasnya dengan segi empat berwarna krim di sekeliling teks.
Sesuai untuk: Kelas A dan B.
Alat pemadam kebakaran jenis CO2 bagus untuk memadam kebakaran tanpa meninggalkan apa-apa kesan, tidak seperti jenis alat pemadam yang lain. Tetapi api mungkin akan menyala semula jika sumber kebakaran tersebut tidak dihentikan.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘CO2’ berwarna putih dalam segi empat yang berwarna hitam. Ia juga mempunyai jenis hos berbeza dan tidak seperti alat pemadam api yang lain.
Sesuai untuk: Kelas B dan E.
Jenis pemadam api berserbuk ini tidak mampu untuk memadam kebakaran sepenuhnya. Malah ia akan meninggalkan kesan yang sukar untuk dibersihkan dan menyebabkan kerosakan pada perabot.
Warna: Merah dan mempunyai perkataan ‘powder‘ berwarna putih di dalam kotak yang berwarna biru.
Sesuai untuk: Kelas A, B, C dan E.
Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan
Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik
Jangan melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' dalam keadaan bilik yang tidak selamat
Pastikan sebelah tangan anda berada di dalam poket seluar semasa melakukan ujian terhadap 'live equipment
renjatan elektrik
pembumian
fius
Tujuan utama pembumian keatas pepasangan dan alat elektrik adalah untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik dan kebakaran hasil daripada sentuhan diantara bahagian beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.
Bahagian beraliran terdedah termasuklah logam bahagian luar alat elektrik,kondiut,kabel dan alatambah.
Setiap peralatan dan pengalir yang beroperasi pada voltan yang melebihi voltan lampau rendah,hendaklah dicegah dengan berkesan daripada bahaya arus bocor kebumi dengan salah satu cara dibawah ini:
i)-Bertebat sepenuhnya
ii)-Bertebat dua lapis(Klas II)
iii)-Membumikan logam terdedah
iv)-Mengasingkan logam agar tidak mudah disentuh dengan bahagian-bahagian hidup atau logam berbumi.
Fius Dawai Boleh Ganti
fius katrij
Fius Dawai Boleh Ganti adalah fius yang biasa kita tengok pada suis utama di rumah. Jika wayar itu terbakar dan memutuskan litar elektrik, maka kita hanya perlu gantikan wayar tersebut.
Fius katrij adalah fius yang biasa dipasang pada plug 3 pin. Jika terbakar, maka kia perlukan gantikan dengan fius kartrij yang baru, yang berkadar yang sama.