Pembahagian Hukum Taklifi

Jumhur Ulama'

Tahrim - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut meninggalkan melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti

Karahah - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut meninggal melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti

Nadab/Sunnah - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti

Ijab - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti

Ibahah - Khitabullah yang menunjuk kepada diberi pilihan di antara melakukan perbuatan dan meninggalkannya

Ulama Hanafi

Nadab - sama seperti penjelasan oleh jumhur ulama'

Tahrim - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut meninggal melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti melalui dalil qath'ie

Ijab - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti hadis ahad, qiyas dan sebagainya

Karahah At Tahrim - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut meninggal melakukan perbuatan melalui dalil zhanni

Fard - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang pasti melalui dalil qath'ie

Karahah At Tanzih - Khitabullah yang mengkehendaki tuntut tinggal melakukan perbuatan sebagai tuntutan yang tidak pasti (seperti nabi melarang memakan daging kuda dan susunya)

Ibahah/Harus - sama dengan penjelasan oleh jumhur ulama

Bahagian-bahagian perbuatan yang berkaitan dengan hukum taklifi

Wajib - perkara yang syara' menuntut mukallaf melakukannya sebagai tuntutan pasti (contoh: solat 5 waktu)

Mandub/yang disunatkan - perkara yang syara' menuntut mukallaf melakukannya sebagai tuntutan tidak pasti

Haram - perkara yang syara' menuntut mukallaf meninggalkannya sebagai tuntutan pasti seperti riba'

Makruh - perkara yang syara' menuntut mukallaf meninggalkannya sebagai tuntutan tidak pasti

Mubah(yang diharuskan) - perkara yang syara' memberi pilihan kepada mukallaf antara melakukan dan meninggalkannya

Wajib (Orang Mukallaf)

Wajib (Penentuan Kadar)

Wajib (Sudut Waktu)

Waijb bebas (wajib mutlak) - boleh dilakukan pada bila-bila masa; contohnya kifarah

Wajib terhad (wajib muqayyad) - dilakukan pada masa tertentu; contohnya puasa dan haji

terhad dengan waktu luas (wajib muwassi') - solat fardhu subuh

terhad dengan waktu cukup-cukup (wajib mudhayyiq) - puasa di bulan ramadhan

Segera (ta'jil) - melakukan perkara wajib sebelum waktu yang ditentukan oleh syara' menunaikannya (contoh: mengeluarkan zakat fitrah di awal ramadhan)

Tunai (ada') - melakukan perkara wajib di dalam waktunya dalam didahului perbuatan lain (contoh: solat zohor pada waktunya tanpa didahulukan oleh solat zohor yang lain)

Mengulang (I'adah) - melakukan perkara wajib di dalam waktunya serta didahului dengan penunaian yang cedera (contoh: solat zohor tanpa bersuci diulangi dalam waktunya dengan bersuci)

Qada' - melakukan perkara wajib setelah waktunya (contoh: solat asar setelah tenggelam matahari)

Wajib yang ditentukan (Wajib Al Muhaddad) - wajib yang ditentukan oleh syara akan kadarnya (contoh: solat fardhu 5 waktu)

Wajib yang tidak ditentukan (Wajib Ghairu Muhaddad) - wajib yang tidak ditentukan kadarnya oleh syara (contoh: tolong-menolong melakukan kebajikan)

Fardhu Ain - Wajib ke atas setiap mukallaf (contoh: solat, zakat)

Fardhu Kifayah - Wajib ke atas keseluruhan mukallaf, terlepas bebanan jika ada ada wakil yang melaksanakannya (contoh: mempelajari ilmu perubatan)

Wajib (Penentuan yang dituntut dengannya)

Wajib tertentu (wajib mu'ayyan) - dituntut oleh syara tanpa ada pilihan (contoh: solat)

Wajib Pilihan (Wajib Mukhayyar) - dituntut dengan memilih salah satu daripadanya (contoh: pilihan dalam melaksanakan kifarah sumpah)

Wajib yang tidak harus dilakukan kesemua perkara - perkara-perkara yang diberi pilhan (contoh: sekiranya mati ketua negara, maka wajib ke atas orang ramai untuk mencari ganti dari kalangan mereka yang cukup syarat)

Wajib pilihan yang diharus dilakukan kesemua perkara (contoh: perkara dalam penunaian sumpah)

Sunat Muakkad - perkara sunat yang selalu dilakukan oleh Rasulullah dan gidak pernah ditinggalkannya kecuali jarang-jarang sekali (contoh: solat dua rakaat sebelum Subuh)

Sunat tidak Muakkad - perkara sunat yang tidak selalu dilakukan oleh Rasulullah (contoh: solat empat rakaat sebelum Asar)

click to edit

Sunat Az Zawaid - mengikut nabi dalam perkara kebiasaan yang lahir darinya sebagai sifat kemanusiaan (contoh: makan, minum)

Haram Lizatihi (Haram kerana dirinya sendiri) - perkara yang haram pada permulaannya kerana mengandungi kemudaharatan yang tidak berpisah daripadanya (contoh: zina, mencuri)

Haram Lighairihi (Haram kerana yang lain darinya) - perkara yang pada asalnya disyariatkan tetapi disertai dengan sesuatu yang mengharamkannya (contoh: puasa di hari raya)

Bahagian-bahagian perbuatan berkaitan hukum taklifi (pandangan ulama' Hanafi)

Yang difardhukan - perkara yang syara' menuntut mukallaf melakukannya secara tuntutan pasti melalui dalil qath'ie seperti solat dan membayar zakat

Wajib - perkara yang syara' menuntut mukallaf melakukannya secara tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti hadis Ahad dan Qiyas seperti membaca Al Fatihah di dalam solat

**Yang disunatkan (Mandub) - sama seperti penjelasan oleh jumhur ulama'

Haram - perkara yang syara' menuntut mukallaf meninggalkannya secara tuntutan pasti melalui dalil qath'ie seperti makan harta anak yatim

Makruh Tahrim - perkara yang syara' menuntut mukallaf meninggalkannya secara tuntutan pasti melalui dalil zhanni seperti menjual ke atas jualan orang lain (hukum: mesti ditinggalkan)

Makrub Tanzih - sama seperti pada pandangan jumhur ulama' (hukum: mesti ditinggalkan)

Yang diharuskan (Al Mubah) - sama seperti pada pandangan jumhur ulama'

Perbezaan Ijab, Wujub dan Wajib

Wajib - perbuatan yang berkaitan Al Ijab (Khitab) dengannya dan bersifat dengan wujub seperti solat

Wujub - Kesan dari khitab tersebut (Hukum pada istilah fiqh seperti wajib mendirikan solat)

Ijab - Khitabullah yang menuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan pasti. (Hukum pada istilah usul fiqh seperti (أقيموا الصلوة)

Perbezaan Antara Tahrim, Hurmah dan Haram

Tahrim - Khitabullah yang menuntut meninggalkan buatsebagai tuntutan pasti. (Istilah usul fiqh)

Hurmah - Kesan dari khitab (hukum pada isitlah fiqh seperti haram mencuri)

Haram - perbuatan yang berkaitan tahrim (khitab) dengannya dan bersifat dengan hurmah seperti mencuri

Perbezaan Nadab dan Mandub

Nadab - Khitabullah yang menuntut melakukan perbuatan sebagai tuntutan tidak pasti (istilah usul fiqh)

Mandub - perbuatan yang berkaitan nadab (khitab) dengannya seperti mencatat hutang

Perbezaan Karahah dan Makruh

Karahah - Khitabullah yang menuntut meninggalkan buat sebagai tuntutan yang tidak pasti

Makruh - perbuatan yang berkaitan karahah (khitab) dengannya seperti terus duduk dalam masjid tanpa dolat dua rakaat

Perbezaan Ibahah dan Mubah

Ibahah - Khitabullah yan memberi pilihan kepada mukallaf di antara melakukan perbuatan dan meninggalkannya (istilah pada usul fiqh)